logo

Biasiswa Diploma International Baccalaureate ISKL 2018

Tarikh Tutup

Lokasi Pengajian

Malaysia

Tahap Pengajian

Pra-Universiti

Jumlah Pembiayaan

Yuran tuisyen

Butiran biasiswa

Gambaran keseluruhan


Dengan lebih daripada 20 tahun pengalaman, ISKL merupakan institusi pendidikan yang menawarkan Program Diploma IB yang paling lama di Kuala Lumpur. Mereka menawarkan pelbagai kursus dan berbangga dengan pencapaian pelajarnya yang memperolehi skor peperiksaan yang tinggi, dan kadar pelajar yang lulus iaitu sebanyak 99%. Ini adalah sebahagian daripada sumbangan para kaunselor cemerlang mereka yang menawarkan sokongan akademik kepada pelajar sepanjang Program Diploma IB. 


Program Diploma Baccalaureate Antarabangsa merupakan program pengajian kurikulum dua tahun yang ketat meliputi enam mata pelajaran (tiga tahap lebih tinggi dan tiga tahap standard).


Sebagai tambahan kepada enam mata pelajaran, pelajar perlu juga mengambil kelas Teori Pengetahuan, Essay Extended, dan 150 Jam CAS dalam projek Kreativiti, Tindakan, dan Perkhidmatan. 


Pelajar yang berminat melanjutkan pengajian dalam Program Diploma IB ini mestilah memiliki motivasi yang tinggi, bersungguh-sungguh, dan mengatur masa mereka dengan sebaiknya kerana kursus IB ini sangatlah mencabar. 

Kriteria

Pemohon mesti memenuhi semua keperluan di bawah

  • Rekod akademik cemerlang: Hantar permohonan dengan keputusan ujian percubaan SPM 2017 termasuk rekod akademik rasmi sepanjang tiga tahun yang lalu (diterjemahkan dalam bahasa Inggeris)
  • Pernyataan peribadi daripada pemohon
  • Keputusan peperiksaan SPM 2017 (dibawa bersama ketika menghadiri temuduga bersama panel)
  • Surat sokongan guru
  • Penglibatan ekstra dalam kokurikulum
  • Program yang disertai yang menyumbang kepada masyarakat
  • Mengisi Borang Permohonan Kemasukan ISKL dengan lengkap
  • Salinan surat berhenti sekolah
  • Salinan kad pengenalan Malaysia pemohon
  • Dua gambar berwarna saiz pasport pelajar, dengan nama pelajar yang ditulis di bahagian belakang
Disiplin

International Baccalaureate Diploma Programme (IBDP)

Maklumat Am


Biasiswa ini merangkumi yuran pengajian selama dua tahun di ISKL, termasuk fi peperiksaan luar dan keperluan wajib lain.

Cara memohon Biasiswa Diploma International Baccalaureate ISKL 2018

Ketahui cara bagaimana anda boleh memohon biasiswa ini sekarang
Klik disini untuk ke laman permohonan

Permohonan yang lengkap hantarkan ke alamat : 

Admissions Office
The International School of Kuala Lumpur
Jalan Kerja Ayer Lama
68000 Ampang, Selangor

Hubungi

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

Alamat:

Admissions Office
The International School of Kuala Lumpur
Jalan Kerja Ayer Lama
68000 Ampang, Selangor


Telefon : +603 4259 5627 / +603 4259 5628

Adakah anda berminat untuk mendapatkan info tentang biasiswa terkini yang sama seperti yang ditawarkan ini?
Jadilah orang pertama yang memohon biasiswa berkenaan sebaik sahaja ianya dibuka!

Biasiswa Popular

semak semua biasiswa

Perlukan
bantuan?
mail