logo

Biasiswa Ajinomoto

Tarikh Tutup

Lokasi Pengajian

Overseas

Tahap Pengajian

Ijazah Sarjana,PhD

Jumlah Pembiayaan

Biasiswa Penuh

Butiran biasiswa

Gambaran keseluruhan

Biasiswa ini ditawarkan kepada pelajar yang ingin mengikuti program pengajian sains di peringkat PhD dan ijazah sarjana (master) di Jepun. Biasiswa ini ditawarkan untuk memupuk bakat dalam kalangan individu-individu yang mampu memimpin Asia pada abad ke-21 dan menyumbang kepada pembangunan Asia dan dunia serta persefahaman antara negara-negara berkenaan dengan negara Jepun.

Kriteria

Pemohon mesti memenuhi semua keperluan di bawah

Pemohon yang ingin mengikuti pengajian peringkat PhD dan sarjana (master) di Universiti Tokyo, Universiti Kyoto, Universiti Nagoya, Universiti Ochanomizu, Universiti Waseda dan Universiti Nutrisi Kagawa atau Tokyo Institute of Technology perlu memenuhi keperluan dan kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon mestilah berusia di bawah umur 35 tahun pada 1 April 2021. Pada prinsipnya, pemohon mesti mendapat tawaran daripada universiti yang berkenaan untuk pengambilan sesi April 2021 atau Oktober 2021. 
  • Pemohon mesti mempunyai penguasaan bahasa Jepun yang diperlukan untuk penyelidikan dan pengajian dalam kursus induk, apabila mendaftar kelak.
  • Pemohon mesti memfailkan permohonan dan menghadiri prosedur pemilihan di negara masing-masing.
  • Pemohon mesti berada dalam keadaan kesihatan fizikal dan mental yang baik dan mempunyai motivasi yang kuat untuk meneruskan pengajian
  • Pemohon tidak boleh menerima atau mendapat biasiswa lain.
Disiplin
NA
Maklumat Am
  • Pelajar Penyelidik (PhD) : ¥ 150,000 / bulan (untuk 1 tahun). 
  • Pelajar Kursus Sarjana (master) : ¥ 180,000 / bulan (selama 2 tahun). 
  • Peperiksaan, kemasukan dan yuran pengajian ditanggung sepenuhnya 
  • Penerbangan ke Jepun: menyediakan tiket penerbangan satu arah 

Cara memohon Biasiswa Ajinomoto

Ketahui cara bagaimana anda boleh memohon biasiswa ini sekarang
Klik disini untuk ke laman permohonan

Muat turun borang permohonan and lengkapkan maklumat permohonan

Kepilkan borang permohonan bersama-sama dokumen sokongan berkaitan dalam satu sampul surat

Transkrip asal yang disahkan oleh universiti (dalam bahasa Jepun atau Inggeris)

Surat sokongan (daripada dekan universiti, academic advisor atau yang berkaitan)

Hantar permohonan melalui pos ke alamat :


AJINOMOTO (MALAYSIA) BERHAD

Lot 5710, Jalan Kuchai Lama, Petaling

58200 Kuala Lumpur, 

Malaysia. 

Attn : Ms Ann Foo


Klik disini untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai cara permohonan dan sebagainya

Hubungi

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

Alamat:

Lot 5710, Jalan Kuchai Lama, Petaling

58200 Kuala Lumpur, 

Malaysia. 

Untuk Perhatian (UP) : Ms Ann Foo

Tel: +603-7980 (sambungan.. 288) 

Phone:
0379806958

Adakah anda berminat untuk mendapatkan info tentang biasiswa terkini yang sama seperti yang ditawarkan ini?
Jadilah orang pertama yang memohon biasiswa berkenaan sebaik sahaja ianya dibuka!

Biasiswa Popular

semak semua biasiswa

Perlukan
bantuan?
mail