UMNO taja RM10 juta untuk pelajar ke universiti

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Apr 07, 2016, 05:51 pm

UMNO taja RM10 juta untuk pelajar ke universiti: Biro Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) UMNO menyediakan peruntukan bagi pembiayaan pendidikan kepada pelajar Melayu dan bumiputera miskin untuk sesi kemasukan ke universiti-universiti swasta pada Julai ini.razali, UMNO taja RM10 juta untuk pelajar ke universiti Pengerusinya, Datuk Razali Ibrahim berkata, bagi peringkat permulaan, sebanyak 50 tempat disediakan kepada pelajar yang layak dengan memperuntukkan sebanyak RM100,000 hingga RM200,000 seorang. Katanya, pembiayaan itu meliputi yuran pengajian dan penginapan serta kos sara hidup sepanjang tempoh pelajar berkenaan di IPTS. “Walaupun jumlah yang disediakan itu agak kecil, namun sebagai permulaan, 50 tempat itu dapat memberi peluang kepada pelajar yang terpilih. Jika mendapat sambutan yang menggalakkan, kita mungkin menambahnya pada tahun-tahun akan datang. “Kita akan memilih pelajar yang betul-betul layak iaitu memperoleh keputusan 5A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau 2A dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan pendapatan keluarga bawah RM4,000 sebulan,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). --Utusan

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail