Semakan Panggilan & Tip Temuduga UPU untuk Lepasan STPM/Setaraf

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada May 23, 2017, 03:08 pm

Selesai sudah temuduga dan penguguman keputusan bagi lepasan SPM/setaraf. Kini tiba masanya pula untuk lepasan STPM/setaraf (STPM, Matrikulasi, Diploma, Asasi, STAM, TVET). Adakah anda sebelum ini memohon kursus yang ada temuduga?. Tahu ke bilakah tarikh semakan panggilan temuduga?.

 Sebab-Gagal-Temuduga  

Jika masih tidak tahu, kami kongsikan pautan (link) semakan temuduga bagi semua universiti. Diingatkan, jika selepas semakan, nama anda tidak berjaya bermaksud anda tidak memenuhi syarat kelayakan dan gagal untuk kursus pilihan temuduga tersebut. Tetapi jangan risau masih ada peluang untuk kursus yang lain, tidak bermakna pilihan yang lain juga gagal.

Calon yang memohon program pengajian bertemu duga dan/atau ujian (#), boleh melayari URL Universiti Awam terlibat seperti di bawah untuk membuat semakan bermula pada 26 Mei 2022 (Khamis) :

Tak lengkap perkongsian jika tidak dikongsikan tip persediaan sebelum dan semasa temuduga selain kenapa punca gagal temuduga!. Jika dipanggil temuduga, aspek akademik tidak lagi menjadi kriteria utama pemilihan tetapi personaliti anda yang akan dinilai!. Jadi jangan hendak berangan CGPA awak lagi tinggi daripada rakan yang lain dan awak akan berjaya. TIDAK SAMA SEKALI!. Oleh itu, tip berikut sangat berguna untuk anda.

 

pakaianspa

 

PERSIAPAN TEMU DUGA

 

  • Pastikan anda memakai pakaian yang sesuai, kemas dan bersih.
  • Pastikan mulut tidak berbau, maklumkan bulan puasa. Ye tahu mulut itu berbau syurga tetapi jangan sampai panel termuntah dengan bau mulut anda. Dinasihatkan untuk elakkan makanan berbau contohnya petai. Jangan sesekali!
  • Jangan pakai pakaian yang terlampau berwarna-warni dan menjolok mata, berselipar serta memakai minyak wangi yang baunya menyengat atau mengenakan solekan yang keterlaluan.
  • Rambut hendaklah pendek dan tersisir rapi bagi lelaki dan kemas bagi perempuan yang tidak bertudung. Pada yang bertudung jangan memakai tudung yang terlalu fesyenista. Cukup sekadar ala kadar dan kemas.
  • Kasut pula seeloknya mestilah bertutup bagi lelaki dan perempuan.
  • Pastikan anda membawa surat panggilan temuduga, kad pengenalan, surat beranak, sijil-sijil asal, dokumen yang berkaitan untuk disemak oleh panel temuduga.  Pastikan ianya tersusun kemas di dalam fail mengikut turutan tahap akademik.
  • Tentukan dimana, bila dan pukul berapa temu duga akan diadakan. Pastikan anda sampai 10-15 minit lebih awal supaya anda boleh menenangkan diri tetapi jangan sampai terlalu awal nanti cemas pula. Jangan sesekali-kali datang lambat.

 

 job-interview

 

TIP SEMASA DITEMUDUGA

 

  • Semasa hendak masuk ke bilik temu duga hilangkan semua perasaan gentar. Fikirkan jika anda gentar, kemungkinan tinggi akan gagal dalam temu duga ini. Tentu buang masa sahaja hadir. Cuba kawal emosi dengan bercakap lancar. Jangan fikirkan apa panel penemuduga akan fikir mengenai anda. Tonjolkan keyakinan diri dan ianya akan menambat hati penemuduga.
  • Apabila dipanggil masuk, berikan salam dan ucapan “selamat pagi/petang” mengikut keadaan waktu berserta dengan senyuman dan pandang semua panel penemuduga (eye contact).
  • Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga tidak membuat gerakan dahulu.
  • Jangan terus duduk melainkan telah dijemput berbuat demikian. Apabila disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan. Jangan cuba untuk mengalih keadaan kerusi yang disediakan.
  • Serahkan dokumen-dokumen berkaitan apabila diminta. Jangan letakkan barang-barang lain (letak di tepi kerusi anda), tangan ataupun siku di atas meja penemuduga.
  • Jangan duduk bersilang kaki, goyang-goyangkan kaki atau mengerakkan ke sana ke sini.
  • Biarkan penemuduga memulakan perbualan.
  • Apabila bercakap pandang muka penemuduga (eye contact).
  • Jangan menjawab soalan tergopoh-gapah. Jawablah setiap soalan dengan tenang dan jelas.
  • Jangan sesekali mengeluarkan fakta yang tidak benar atau mendiamkan diri. Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal, berlaku jujur dengan berterus terang bahawa anda tidak mengetahui jawapannya.
  • Apabila diminta memperkenalkan diri, mulakan dengan nama penuh anda, latar belakang keluarga dan latar belakang pendidikan, aktiviti anda dan sebagainya.
  • Jangan cuba hendak menjenguk atau membaca surat-surat dan lain-lain kertas yang terdapat di atas meja penemuduga.
  • Apabila menyebut nama penemuduga gunakan gelaran seperti Tuan/Tan Sri Dato dan sebagainya. Jika tidak yakin gelaran penemuduga tersebut gunakan gelaran tuan atau puan.
  • Tumpukan perhatian pada setiap soalan yang ditanya dan beri jawapan yang tepat dan sempurna.
  • Cuba kembangkan jawapan, jangan sekadar menjawab ya atau tidak sahaja.
  • Jangan mengunyah sesuatu semasa temuduga berjalan.
  • Jangan sesekali menyampuk semasa penemuduga sedang bercakap atau berbincang sesuatu di antara mereka.
  • Minta penjelasan sekiranya anda tidak begitu faham atau jelas mengenai soalan yang ditanyakan.
  • Gunakan satu-satu bahasa tanpa campur aduk dengan bahasa yang lain. Jika ditanya dalam bahasa Melayu, jawablah dalam Bahasa Melayu jika Bahasa Inggeris, perlu bersedia untuk menjawab dalam Bahasa Inggeris.
  • Diakhir temuduga, ucapkan terima kasih kepada panel temuduga kerana memberi peluang untuk hadir pada temuduga itu.
  • Jika diberi peluang bertanya soalan, kemukakan soalan yang munasabah sahaja.

  n1epy4tcll7uxai9cjou  

PUNCA GAGAL DALAM TEMUDUGA

 

  • Berpakaian tidak sesuai ketika hadir temuduga seperti pakaian yang terlalu terang warnanya atau yang menjolok mata.
  • Perasaan gementar yang terlalu ketara ditonjolkan. Jangan tidak tahu, panel penemuduga boleh membaca perasaan anda daripada pergerakan badan dan ekspresi di wajah.
  • Lupa untuk memberi salam atau ucapan “selamat pagi/petang” mengikut keadaan waktu selain tiada senyuman dan mata tidak memandang semua panel penemuduga (eye contact) akibat terlalu gementar.
  • Terus duduk tanpa diizinkan atau meminta izin terlebih dahulu.
  • Duduk terlalu santai, kaki bersilang atau digerak-gerakkan.
  • Lupa membawa dokumen penting yang wajib dibawa semasa temuduga.
  • Salah mengisi borang permohonan dan maklumat diri.
  • Komunikasi yang lemah iaitu tidak lancar bertutur dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu atau mencampur aduk bahasa.
  • Menjawab soalan secara tergopoh-gapah dan tiada isi seperti "tin kosong".
  • Menyampuk percakapan/pandangan daripada penemuduga atau perbincangan sesama mereka.
  • Bergaduh dengan penemuduga hanya kerana ingin menegakkan pandangan atau jawapan anda kepada persoalan yang ditanya.
  • Menyatakan fakta yang tidak benar apabila ditanya soalan.
  • Bersikap pasif iaitu ditanya sepatah, dijawab pun sepatah hingga penemuduga beranggapan anda tidak berminat untuk hadir ke temuduga.
  • Tidak mengetahui mengenai program pengajian yang bakal diikuti jika diterima untuk kursus berkenaan.
  • Kurang pengetahuan am dan isu semasa negara.

 

Selesai temuduga, ada yang bertanya bilakah keputusan akan diumumkan. Keputusan akan diumumkan serentak dengan penguguman keputusan UPU nanti. Jika awak ditawarkan kursus yang ada temuduga itu maksudnya awak berjayalah dalah temuduga jika tidak bermaksud, faham-fahamlagh sendiri.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail