Are you an international student?
Visit the International Students section on our website to find out the latest news and everything you need to know about studying in Malaysia.
Diterbitkan oleh Afterschool.my pada May 31, 2016, 06:03 pm
Permohonan bagi rayuan semak semula keputusan peperiksaan Program Matrikulasi Program Satu Tahun (PST) Semester II dan Program Dua Tahun (PDT) Semester II & IV Sesi 2015/2016 boleh dilakukan mulai 3 Jun 2016 sehingga 16 Jun 2016 sebelum jam 4.00 petang. Pendaftaran permohonan yang dihantar melalui kolej-kolej matrikulasi akan ditutup pada 15 Jun 2016 sebelum jam 4.00 petang. Serahan borang permohonan berserta bayaran yang mencukupi boleh dilakukan melalui Kaunter Perkhidmatan Aras 6, Blok E15 atau melalui pos ke alamat: BAHAGIAN MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 6 & 7, BLOK E15, KOMPLEKS E, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, 62604 PUTRAJAYA. (UP: PENYELARAS SEMAK SEMULA KEPUTUSAN) Sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Matrikulasi di talian 03-8884 4083 atau layari laman sesawang www.moe.gov.my
Perlukan
bantuan?