SPM guide

PANDUAN & TIP PERMOHONAN UPU 2018/2019

×

Permohonan Kadet Juruterbang Air Asia Dibuka Sekarang!

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Mar 13, 2017, 03:01 pm

Kepada anda yang tentunya berminat atau berangan-berangan untuk menjadi pilot itu, berita baik kepada anda kerana Air Asia sedang mencari calon yang berkelayakan bagi mengikuti pengajian Kadet Pilot di syarikat mereka. Anda yang berkelayakan bolehlah membuat permohonan. Mana tahu andai ada rezeki kan?

 

air_asia_arrival_-_fia_2016-079

 

SYARAT KELAYAKAN

 

Sebelum anda membuat permohonan tentu sahaja syarat permohonan menjadi persoalan yang utama bukan?. Minat sahaja tetapi tidak memenuhi syarat kelayakan, tiada guna juga. Oleh itu, kami kongsikan syarat kelayakan seperti di bawah untuk semakan :

 
  • Warganegara Malaysia atau penduduk tetap
  • Berumur lebih 17 tahun hingga 28 tahun
  • Ketinggian minimum 163cm (5 kaki 4inci)
  • Sihat fizikal dan mental.
  • Memperolehi Sijil Perubatan  DCA 1 kelas 1
  • Ketajaman jarak penglihatan tanpa pembetulan visual hendaklah 6/9 atau lebih baik untuk setiap mata secara berasingan
  • Ketajaman penglihatan binokular hendaklah 6/6 atau lebih baik
  • kesilapan refraktif yang tidak melebihi 5 diopters
  • Astigmatisme tidak lebih daripada 125D
  • Tidak buta warna
  • Kelulusan akhir tertakluk kepada laporan Doktor Perubatan / Pakar Oftalmologi
  • Mahir menulis dan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia
  • Memiliki salah satu kelulusan akademik samada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan akademik  yang setaraf bagi peringkat menengah yang disahkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau Diploma atau ijazah dalam bidang kejuruteraan/sains.
 

1420172322235559846

 

Berikut merupakan syarat kelayakan akademik untuk lulusan SPM :

  • Gred  "A" dalam Bahasa Inggeris
  • Gred "A" dalam mata pelajaran Matematik
  • Gred "B" dalam Fizik / Gred "A" dalam Sains
  • Gred "B" di mana-mana dua mata pelajaran lain
  • Lulus Bahasa Malaysia
 

Philippines_AirAsia_CEO_Captain_Dexter_Comendador

 

Berikut merupakan kelayakan akademik untuk lulusan Diploma atau Ijazah dalam bidang Kejuruteraan / Sains :

  • Memiliki Diploma atau  yang berkaitan dengannya dengan (GPA 3.0 dan ke atas)
  • SPM dengan gred "C" dalam mana-mana mata pelajaran termasuk Matematik, Sains, dan Bahasa Inggeris
  •  Lulus Bahasa Malaysia
 

examhall

 

Sudah buat semakan kelayakan?. Layak ke?. Jika anda rasa telah memenuhi kelayakan yang dinyatakan boleh memohon terus ke portal permohonan dengan klik di sini. Semoga berjaya!

 

INFO MENARIK YANG LAIN?

  Senarai keseluruhan biasiswa terkini setakat bulan Mac 2017   Program pengajian dan permohonan online separa perubatan kerajaan   Tip Temuduga Biasiwa yang wajib anda tahu!   Universiti hebat dalam bidang kejuruteraan   Macam mana hendak jadi guru?   Sambung belajar di Rusia dalam bidang doktor perubatan   Panduan lengkap masuk IPT dan tip permohonan UPU   Tawaran biasiswa untuk pelajar asasi   Laluan selepas SPM untuk menjadi Peguam, Hakim, pendakwa raya atau jawatan berkaitan perundangan
BERITA BERKAITAN
Berita Terkini