8 Aplikasi Belajar Bahasa Inggeris Popular di Dunia

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Apr 05, 2022, 09:25 am

Di seluruh dunia, bahasa Inggeris dianggap sebagai bahasa kedua yang penting untuk dikuasai. Banyak negara termasuk negara kita sendiri memasukkan bahasa Inggeris dalam sukatan pelajaran sekolah dan kanak-kanak mula belajar bahasa Inggeris pada usia yang muda.

 

 

Di peringkat universiti, majoriti universiti menawarkan program pengajian dalam bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu. Kenapa bahasa Inggeris ini menjadi sangat penting? Berikut adalah antara fakta dan kelebihan jika anda menguasai bahasa Inggeris dengan baik, sama ada dari segi pertuturan atau penulisan.

 

  • Bahasa Inggeris merupakan bahasa global
    • Bahasa Inggeris adalah bahasa yang paling banyak dituturkan di dunia. Satu daripada lima orang boleh bertutur atau sekurang-kurangnya memahami bahasa Inggeris!
  • Membantu anda mendapatkan pekerjaan
    • Bahasa Inggeris ialah bahasa sains, penerbangan , komputer, diplomasi dan pelancongan. Mengetahui bahasa Inggeris dapat meningkatkan peluang anda untuk mendapat pekerjaan yang baik di syarikat multinasional sama ada yang terletak di dalam atau luar negara.
  • Berkomunikasi dengan orang dari luar negara
    • Bahasa Inggeris ialah bahasa rasmi bagi 53 negara dan digunakan sebagai lingua franca (bahasa pertuturan) oleh orang dari seluruh dunia. Ini bermakna sama ada anda bekerja di Beijing, atau melancong di Brazil, mempelajari bahasa Inggeris boleh membantu anda berkomunikasi dengan orang dari seluruh dunia.
  • Banyak kertas saintifik/penyelidikan ditulis dalam bahasa Inggeris
    • Pada abad yang lalu, bilangan kajian saintifik/penyelidikan yang ditulis dalam bahasa Inggeris telah mula melebihi bilangan kertas yang ditulis dalam bahasa ibunda penyelidik itu sendiri.  Atas sebab ini, mempunyai pengetahuan bahasa Inggeris adalah sangat penting bagi mereka yang bekerja dalam bidang saintifik/penyelidikan/pendidikan
  • Bahasa Inggeris merupakan bahasa industri media
    • Sejumlah besar filem,  rancangan TV  dan lagu popular ditulis dalam bahasa Inggeris. Jika anda menguasai bahasa Inggeris, anda tidak perlu bergantung pada terjemahan dan sari kata untuk memahami buku, lagu, filem dan rancangan TV kegemaran anda.
  • Bahasa Inggeris ialah bahasa Internet
    • Lebih daripada separuh kandungan di internet ditulis dalam bahasa Inggeris dan kebanyakan syarikat berteknologi besar di dunia berpangkalan di negara yang penduduknya berbahasa Inggeris.
  • Salah satu bahasa yang paling penting untuk perniagaan
    • Sama ada anda pemilik perniagaan, pelajar atau pekerja, bahasa Inggeris sangat penting dalam dunia perniagaan. Bahasa Inggeris dianggap sebagai salah satu bahasa perniagaan yang paling penting kerana menjadi bahasa de facto Amerika Syarikat dan bahasa rasmi UK, Kanada, India dan Afrika Selatan.
  • Dengan Bahasa Inggeris, anda boleh belajar di seluruh dunia
    • Memandangkan bahasa Inggeris dituturkan di banyak negara yang berbeza, terdapat beribu-ribu universiti di seluruh dunia yang menawarkan program pengajian dalam bahasa Inggeris. Jika anda menguasai bahasa Inggeris dan memperolehi keputusan akademik yang baik, peluang untuk melanjutkan pengajian di luar negara sangatlah tinggi. 
  • Bahasa Inggeris memberi anda akses kepada pelbagai budaya
    • Pengetahuan bahasa Inggeris yang baik akan membolehkan anda mengakses filem, muzik dan kesusasteraan dari ratusan negara di seluruh dunia. Belum lagi fakta bahawa banyak buku dari seluruh dunia diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris seterusnya meningkatkan pengetahuan anda tentang budaya, tingkah laku, gaya hidup masyarakat dari seluruh dunia. 

 

Jadi, kepada anda yang belum berjaya menguasai bahasa Inggeris walaupun sudah belajar sejak dari tadika lagi, jangan risau kami kongsikan 8 aplikasi belajar bahasa Inggeris paling popular dan mudah berserta kelebihan setiap aplikasi sehingga menjadikannya popular. Anda boleh muat turun aplikasi yang dikongsikan mengikut kesesuaian anda. 

 

Duolingo – Aplikasi Belajar bahasa Inggeris seakan bermain game

Duolingo merupakan aplikasi belajar bahasa Inggeris paling popular di dunia!. Berdasarkan kajian, mempelajari bahasa Inggeris dengan menggunakan Duolingo selama 34 jam adalah bersamaan dengan kursus bahasa selama satu semester (4-5 bulan) di universiti!. 

Kenapa Duolingo ini begitu popular? Salah satu sebabnya adalah leaderboard challenge seakan permainan dimana pelajar bersaing dengan pelajar lain dari seluruh dunia untuk unlock cabaran yang disediakan disamping mengumpul vocabulary dan struktur grammar baharu. Dengan kaedah pembelajaran seperti permainan game ini, pelajar akan lebih bersemangat untuk unlock level seterusnya sekaligus menjadikan pembelajaran yang menarik dan tidak membosankan. Muat turun Duolingo sekarang. 

 

Quiz your English - Aplikasi terbaik untuk persediaan peperiksaan

Jika anda sedang melakukan persediaan untuk peperiksaan, Quiz your English adalah aplikasi belajar bahasa Inggeris yang tepat untuk anda!. Aplikasi ini direka oleh Cambridge Assessment English dan terdapat tahap yang khusus untuk anda yang ingin mengambil peperiksaan Cambridge B2 First atau IELTS. 

Pelbagai jenis vocabulary dan grammar yang digunakan dalam pembentukan ayat sebenar. Jika anda bakal menduduki peperiksaan Cambridge, aplikasi ini mungkin memberikan sedikit kelegaan selepas semua persiapan yang padat dilakukan. Anda juga boleh bermain kuiz bahasa Inggeris ini bersama rakan dan keluarga anda!

 

Learn English British Council - Aplikasi belajar grammar terbaik

Aplikasi ini bagus untuk anda yang ingin belajar grammar. Aplikasi Learn English British Council berkongsikan pelbagai topik pembelajaran dan permainan yang disesuaikan dengan topik. 

Bermula dengan Imperatif peringkat Imperatives, Questions, Simple Present and Gerunds, sehinggalah ke topik yang lebih advance seperti Modal Verbs of Obligation and Necessity. Selepas selesai setiap topik, anda boleh ambil ujian (test) yang disediakan, bertujuan untuk melihat sejauh mana pemahaman anda selepas mempelajari topik yang diajarkan. 

 

6,000 Words - Aplikasi terbaik untuk perbendaharaan kata (vocabulary)

FunEasyLearn telah mencipta aplikasi menyeronokkan yang membantu anda mempelajari perkataan baharu dalam bentuk teks dan gambar. Aplikasi ini mempunyai 6000 perkataan yang dikategorikan mengikut tema. 

Ia termasuk tema yang jelas seperti Sukan dan Makanan tetapi dibawah subtopik khusus seperti hoki, pergigian, batu dan organ dalaman jadi perbendaharaan kata yang anda akan pelajari sebenarnya agak advance. 

 

Beelingu - Aplikasi terbaik untuk membaca

Aplikasi bercerita ini sangat baik untuk anda berlatih membaca. Ianya direka dengan menceritakan sesebuah kisah dalam dua bahasa berbeza secara bersebelahan. Mula-mula anda akan membaca dalam bahasa Inggeris, kemudian anda boleh menyemak dalam bahasa anda sendiri. 

Aplikasi ini juga membantu anda mendengar (audio disediakan) dan membaca pada masa yang sama. Dan terdapat banyak kandungan menarik untuk dipilih termasuk cerita klasik dan popular kanak-kanak sehinggalah artikel berkaitan bidang sains dan teknologi. 

 

HelloTalk - Apliaksi terbaik untuk bertutur

Pernah dengar tak, kalau hendak kuasai sesuatu bahasa kena bercakap dan sentiasa amalkan. Tetapi masalahnya tiada orang yang boleh diajak untuk berbual. Dengan menggunakan aplikasi HelloTalk, masalah anda akan selesai. HelloTalk ialah aplikasi percuma yang menghubungkan anda dengan lebih 15 juta ahli. Ini bermakna anda boleh mencari penutur asli untuk mengajar anda bahasa Inggeris.

 

Tetapi sebagai balasan, anda perlu mengajar bahasa anda kepada mereka. Aplikasi ini berfungsi seperti pertukaran bahasa. Jika anda malu untuk membuat panggilan video, jangan panik! Terdapat juga pilihan untuk merakam teks dan suara, di samping alat untuk terjemahan dan sebutan.

 

Grammarly - Aplikasi terbaik untuk menulis

Terdapat banyak aplikasi di luar sana yang membantu untuk meningkatkan kemahiran penulisan bahasa Inggeris anda. Tetapi jika anda sedang mencari aplikasi yang boleh menyemak dan membetulkan kesalahan grammar anda, Grammarly adalah pilihan yang tepat.Aplikasi ini bukan sahaja menyemak kesalahan dalam penulisan, tetapi juga memberi penjelasan tentang kesilapan yang dilakukan seterusnya mengelakkan anda melakukan kesalahan yang sama berulang kali. Anda juga boleh muat turun aplikasi grammarly di keypad telefon. Selain itu, Grammarly juga membantu menyemak intonasi penulisan bersesuaian dengan siapa penulisan itu ditujukan.

 

BBC Learning English – Aplikasi terbaik untuk belajar bahasa Inggeris setiap hari

Ciri terbaik aplikasi ini ialah pelajaran harian yang hanya mengambil masa 3 minit sahaja. Belajar vocabulary baharu, mendengar berita dan anda boleh menggunakan bahasa Inggeris setiap hari.

Akhir kata, mempelajari bahasa baharu dengan mendengar dan membaca akan melambatkan penguasaan bahasa anda. Anda perlu juga berlatih menyebut perkataan dengan kuat dan bercakap dengan orang lain jika ingin pergi lebih jauh.

 

Dengan perkongsian aplikasi belajar bahasa Inggeris diatas, dapat membantu anda belajar bahasa Inggeris menggunakan pelbagai kaedah seterusnya memantapkan penguasaan bahasa dari segi pertuturan, penulisan dan pembacaan dengan intonasi yang berbeza-beza. Semoga berjaya!.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail