7 Universiti Terbaik Dunia dalam Bidang Kejuruteraan

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Dec 30, 2016, 07:53 pm

Bidang Kejuruteraan ialah salah satu aplikasi sains untuk memenuhi keperluan dan kehendak manusia. Kejuruteraan menggabungkan pengetahuan, matematik, dan pengalaman untuk mereka bentuk sesuatu objek atau proses. Pengamal kejuruteraan profesional digelar sebagai jurutera. Bagi anda yang suka menyelesaikan masalah, bidang kejuruteraan adalah pilihan yang tepat untuk diterokai.

 

Baru-baru ini menerusi portal Times Higher Education World University Ranking telah mendedahkan senarai universiti terbaik dunia dalam bidang kejuruteraan bagi tahun 2016/2017. Oleh itu, bagi anda yang berminat dalam bidang kejuruteraan dan berhasrat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang ini, artikel ini boleh membantu anda memilih universiti terbaik sebelum melanjutkan pengajian.

 

Berikut kami kongsikan kepada anda senarai 7 buah universiti utama yang diiktiraf sebagai universiti terbaik dalam bidang kejuruteraan.

 

150727caltech-submitted

California Institute of Technology

 

California Institute of Technology pada asalnya dikenali sebagai Throop University pada tahun 1982. Pada tahun 1920, ianya ditukar nama kepada California Institute of Technology. Caltech adalah salah satu universiti yang paling kecil di dunia tetapi berbangga dengan hasil inovasi yang dilakukan oleh mereka. Seramai 34 orang bekas pelajarnya menerima Anugerah Nobel Laureates, 58 orang pula menerima National Medal of Science Recipients, 13 National Medal of Technology and Innovation Recipients dan 128 orang menerima anugerah National Academies Memberships. Antara kurus kejuruteraan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

Biology & Biological Engineering Chemistry & Chemical Engineering Engineering & Applied Science Geological & Planetary Sciences Humanities & Social Sciences Physics, Mathematics & Astronomy

 

stanford-oval

Stanford University

 

Universiti ini terletak di Amerika Syarikat dan merupakan universiti yang berada di kedudukan ke-3 ranking universiti seluruh dunia.  Sepanjang penubuhannya, universiti ini sudah melahirkan lebih 30 orang jutawan, 17 angkasawan, 18 orang penerima Turing Awards ( Anugerah yang diberikan oleh Association for Computing Machinery (ACM) kepada mereka yang berjasa dalam bidang perkomputeran) dan 2 orang Fields Medal (Anugerah yang diberikan oleh International Congress of Mathematicians kepada mereka yang hebat dalam bidang itu). Bagi anda yang ingin mengetahui mengenai kursus kejuruteraan yang ditawarkan di bawah fakulti ini. Klik di sini.

 

oxford-university-2

University of Oxford

 

Universiti ini sememangnya terkenal di seluruh dunia dan merupakan universiti yang berada di ranking pertama dunia dan ranking ke 3 dalam bidang kejuruteraan. Bagi pengajian di peringkat ijazah sarjana muda, terdapat 5 kursus kejuruteraan yang ditawarkan iaitu Kejuruteraan Bio- Perubatan, Kejuruteraan Kimia, Kejuruteraan Sivil, Kejuruteraan Elektrikal, Kejuruteraan Maklumat atau Kejuruteraan Mekanikal. Universiti ini telah melahirkan lebih 120 orang pemegang pingat Olimpik, 26 Pemenang Anugerah Nobel, 7 Penyair Nobel dan lebih 30 orang pemimpin dunia antaranya adalah Bill Clinton, Aung San Suu Kyi, Indira Ghandi dan 26 orang perdana Menteri United Kingdom. Bagi anda yang berminat mengetahui kursus kejuruteraan yang ditawarkan oleh Oxford. Klik di sini.

 

massachusettsinstituteoftechnology

Massachusetts Institute of Technology

 

Universiti ini ditubuhkan pada 1861, MIT terbahagi kepada 5 fakulti  iaitu Architecture and planning, humanities, arts and Social Sciences, management and science. Sepanjang penubungannya MIT telah berjaya  melahirkan ramai individu bijak pandai yang menerima beberapa anugerah dunia antaranya 85 orang Nobel Laureates, 58 orang National Medal of Science winners, 29 orang National Medal of Technology and Innovation winners dan 45 orang MacArthur Fellows. Bagi anda yang berminat mengetahui kursus kejuruteraan yang ditawarkan oleh MIT klik di sini.

 

cambridge1

University of Cambridge

 

Ditubuhkan pada tahun 1209, University of Cambridge adalah sebuah institusi penyelidikan awam. Universiti keempat tertua di dunia ini telah melahirkan lebih daripada 18,000 pelajar dari seluruh pelusuk dunia. Hampir 4,000 pelajarnya adalah pelajar antarabangsa. Terdapat 150 kursus yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar dari lebih daripada 50 buah negara. Disamping itu, apa yang membanggakan, seramai 92 staf akademiknya merupakan pemenang Anugerah Nobel dalam pelbagai kategori. Jadi tentu sahaja anda teruja untuk menjadi salah seorang pelajar di bawah pemenang-pemenang anugerah Nobel ini bukan?. Oleh itu, klik di sini untuk terus ke portal rasmi fakulti kejuruteraan.

 

giphy

Harvard University

 

Universiti Harvard ditubuhkan pada tahun 1936 dan merupakan universiti tertua di Amerika Syarikat selain dianggap sebagai salah satu yang paling berprestij di dunia. Ia dinamakan bersempena nama dermawan pertama iaitu John Harvard, yang meninggalkan dunia dan meninggalkan separuh hartanya kepada institusi berkenaan pada tahun 1638. Ahli fakulti Havard yang telah dianugerahkan hadiah Nobel termasuklah ahli kimia Martin Karplus dan ekonomi Alvin Roth, manakala alumni cemerlang yang diberi penghormatan ialah bekas Naib Presiden Amerika Syarikat Al Gore, yang memenangi Hadiah Keamanan pada tahun 2007, dan penyair Seamus Heaney, yang merupakan seorang profesor di Harvard 1981-1997. Bagi anda yang berminat mengetahui kursus kejuruteraan yang ditawarkan oleh Universiti Harvard klik di sini.

 

singapore-program-page

National University of Singapore

 

NUS mempunyai tiga Pusat Penyelidikan Kecemerlangan (RCE) dan 26 institusi penyelidikan di peringkat universiti dan pusat. Ia juga adalah rakan kongsi untuk RCE kelima Singapura. NUS  terkenal dengan kekuatan penyelidikan dalam bidang kejuruteraan, sains hayat dan bioperubatan, sains sosial dan sains semula jadi. Teras penyelidikan utama telah dilakukan baru-baru ini dalam beberapa bidang seperti teknologi kuantum, kanser dan translasi perubatan, media interaktif dan digital, alam sekitar dan air. Universiti ini juga berusaha untuk mewujudkan persekitaran yang menyokong serta inovatif untuk menggalakkan aktiviti perusahaan di negaranya. NUS terletak hanya di negara jiran kita Singapura. Anda masih boleh mengapai impian anda untuk melanjutkan pengajian di universiti-universiti hebat dalam bidang kejuruteraan ini dengan memohon melanjutkan pengajian di NUS. Klik di sini untuk ke laman rasmi Fakulti Kejuruteraan, NUS.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail