Temu Duga Terbuka Kemasukan ke Akademi Laut Malaysia (ALAM) secara Percuma

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Feb 22, 2017, 06:35 pm

Berita baik kepada anda yang berminat untuk bekerja di atas kapal, kini akademi Laut Malaysia (ALAM) mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk menyertai Kursus Kelasi Dek dan Kursus Kelasi Enjin secara PERCUMA di bawah tajaan Kerajaan Negeri Melaka dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Melaka.

 

b1

 

Oleh itu, jika anda merasakan anda mempunyai rekod kesihatan yang baik, sihat tubuh badan, mempunyai minat yang mendalam untuk belajar dan bekerja di atas kapal selain berpeluang meneroka seisi dunia lautan. Boleh menyertai kursus ini.

 

campus-dining

 

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Semak syarat kelayakan kemasukan bagi kursus ini secara percuma:

  • Warganegara Malaysia (Kelahiran Melaka atau Ibu/Bapa lahir di Melaka)
  • Pendapatan isi rumah kurang dari RM 2,300
  • Sijil SPM dengan lulus 3 matapelajaran
  • Lelaki berumur antara 18 hingga 25 ahun
  • Sihat dari segi fizikal dan mental
  • Ketinggian minima 158cm dan berat 48 kg BMI: 18.5-24.9)
  • Tidak rabun warna
  • Bujang
  • Penglihatan yang baik tanpa sebarang visual bagi Kelasi Dek
  • Penggunaan cermin mata/kanta lekap dengan had penglihatan tidak melebihi 200 (kuasa) bagi Kelasi enjin.

 

NOTA PENTING: Kepada pemohon yang tidak memenuhi syarat kelayakan seperti di atas, misalnya bukan orang Melaka, boleh juga menghadiri temu duga tetapi perlu membiayai sendiri pengajian di ALAM.

 

DSC_0375

 

Ketika menghadiri temu duga berkenaan anda dikehendaki membawa dokumen asal serta salinan yang telah disahkan seperti berikut :

  • Kad pengenalan pemohon
  • Kad pengenalan kedua-dua ibu baa pemohon
  • Slip peperiksaan SPM
  • Sijil berhenti sekolah
  • Sijil lahir pemohon
  • Sijil lahir kedua-dua ibu bapa pemohon
  • Sijil Kokurikulum
  • Surat pengesahan ujian mata dari optomtrist/doktor berdaftar

 

NOTA PENTING : Calon yang gagal membawa dokumen seperti di atas tidak akan ditemu duga.

 

IMG_8613

 

Temu duga berkenaan akan diadakan di Kampus ALAM pada 1 hingga 3 Mac 2017 bermula pada jam 9 pagi. Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi Puan Nur Syahirah, +06-3882314 atau emel ke [email protected] atau boleh juga menghubungi Puan Rohayu Ghaffar, +606-3882306 atau emel [email protected]Semoga berjaya!.

 

IMG_5489

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail