Tawaran Latihan Siswazah & Pekerjaan oleh Global Business Centre (GBS) Asia Khas untuk Graduan Bidang Perakaunan, Kewangan, Pengajian Perniagaan, Sumber Manusia atau Bidang Berkaitan

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jul 20, 2017, 06:32 pm

Program Pelatih Graduan Global Business Centre  (GBS) Asia adalah program intensif berstruktur yang dijalankan selama 12 bulan. Program ini bakal mengasah bakat individu dengan tujuan untuk mencungkil potensi dalam diri mereka sekaligus bakal menyediakan laluan kerjaya di masa hadapan.

 

GRADUATE-TRAINEE-PROGRAMME

 

Menerusi program ini pelatih akan dilatih secara individu oleh para profesional industri dalam pelbagai jawatan yang terdapat di GBS. Setiap individu akan didedahkan dengan asas yang kukuh serta kemahiran yang diperlukan. Pelatih siswazah akan turut memperolehi pengalaman dan dengan pengalaman tersebut secara tidak langsung pelatih bakal menjadi pelapis tenaga sumber syarikat yang berkemahiran dan berpengalaman.

 

Dalam tempoh 6 bulan, pelatih siswazah sudah layak untuk mendapat program akreditasi profesional seperti CPA, ACCA dan lain-lain. Berikut kami kongsikan syarat kelayakan permohonan :

 
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda dan ke atas dalam bidang yang berkaitan (Ijazah Sarjana Muda dan ke atas dalam Perakaunan, Kewangan, Pengajian Perniagaan, Sumber Manusia atau setaraf dalam bidang yang berkaitan).
  • Merupakan pelajar tahun akhir atau graduan baru dengan kurang daripada 1 tahun pengalaman bekerja.
  • Rekod akademik yang baik dengan minimum Ijazah Kedua Atas /  CGPA 3.00 atau setara
  • Warganegara Malaysia
  • Boleh bekerja mengikut perubahan waktu bekerja di UK & AS.
 

Screenshot-10

 

Untuk yang berminat, anda boleh klik disini : Program BP Global Business Service Centre (GBS). Jangan lepaskan peluang untuk membina kerjaya di syarikat besar dan gaji juga tentu sahaja besar selain menerima sijil pengiktirafan daripada badan profesional!. Semoga berjaya.

 

PROGRAM BERKAITAN

  https://afterschool.my/bm_old/berita/astromap-buka-peluang-graduan-untuk-bina-haluan-kerjaya-selepas-tamat-pengajian/ https://afterschool.my/bm_old/berita/pg-buka-tawaran-kepada-pelajar-tahun-akhir-lepasan-siswazah-untuk-bina-kerjaya-selepas-tamat-pengajian/ https://afterschool.my/bm_old/berita/starbucks-tawarkan-pekerjaan-dalam-bentuk-program-latihan-untuk-siswazah/
BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail