Senarai Artis Kemungkinan Jadi Hakim @ Peguam Jika Tidak Sertai Bidang Seni!

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Dec 07, 2016, 11:57 am

Ramai yang beranggapan golongan artis adalah mereka yang hanya memiliki pakej sempurna pada fizikal tubuh badan, mempunyai bakat dari segi seni suara, lakonan dan sebagainya. Namun, jangan terkejut melihat senarai artis ini yang anda mungkin tidak pernah menyangka kemungkinan mereka akan menjadi hakim atau peguam jika tidak menceburi dunia hiburan!. Oleh itu, kami kongsikan siapa mereka dan tahap pendidikan mereka untuk tatapan peminat-peminat. Adakah mereka termasuk dalam artis kegemaran anda?!.

 FAHRIN AHMAD

fahrin-ahmad-mohon-sejarah-lama-tidak-diungkit-rotikaya-700x483

Fahrin Ahmad pelakon sado berwajah manis yang menjadi kegilaan ramai ini merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).

LISA SURIHANI

lisss-transformed

Pelakon berwajah seakan kacukan dan menjadi idola ramai iaitu isteri kepada Yusry KRU ini merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari universiti luar negara, Aberystwyth Universiti, United Kingdom.

AZWAN ALI

image

Siapa yang tidak kenal dengan Azwan Ali, pelakon bermulut pedas seperti cili ini adalah graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Malaya. Ciri-ciri peguam itu sudah pun ada dalam dirinya. Kurang pasti kenapa beliau berkecimpung dalam dunia hiburan!. Tambahan info, beliau juga merupakan adik kepada Menteri Besar Selangor, YAB Mohamed Azmin bin Ali.

SUDIRMAN HJ ARSHAD

16399431429_1ac51f3b48_o

Allahyarham Sudirman Hj Arshad bukan sahaja berjaya menjadi penghibur terbaik malah beliau juga berjaya dalam bidang pendidikan. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Malaya.

DIRA ABU ZAHAR

dira

Dira Abu Zahar atau nama penuhnya Khaidhirah yang popular menerusi lakonan dalam drama-drama tempatan merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Teknologi MARA (UiTM).

YUNA

yuna1-transformed_0

Yuna penyanyi bersuara unik bertaraf antarabangsa ini merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Teknologi MARA (UiTM). Tambahan info, Yuna merupakan anak tunggal dan berasal dari negeri kedah!.

FATHIA LATIFF

img_0093

Fathia Latiff sememangnya artis yang sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Disebalik kecantikan yang dimiliki beliau tidak sekadar cantik jelita malah turut mempunyai otak yang cerdik. Beliau merupakan penuntut Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari Universiti Teknologi MARA (UiTM). Namun Kurang pasti beliau menamatkan pengajian atau pun belum. Apa-apa pun inilah baru dikatakan “Beauty with Brains”.

Menarik bukan?!. Oleh itu, jangan selalu berprasangka buruk kerana tidak semua artis mempunyai latar belakang pendidikan yang rendah. Cumanya mereka memilih untuk berkecimpung dalam bidang seni dan sudah tertulis rezeki mereka dalam bidang hiburan ini. Mahukan lebih cerita menarik?. Klik di sini.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail