Are you an international student?
Visit the International Students section on our website to find out the latest news and everything you need to know about studying in Malaysia.
Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jan 10, 2017, 04:55 pm
Anda tahu mengenai Fair & Lovely?. Untuk anda yang mungkin tidak tahu terutamanya lelaki usah bimbang kerana tiada berita baik untuk anda tetapi sekiranya anda wanita dan tidak pernah mendengar mengenai Fair & lovely, anda wajib mengambil tahu mengenainya sekarang! kerana Fair & Lovely sedang dalam misi pencarian mereka untuk menganugerahkan biasiswa kepada pelajar yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Universiti Awam untuk tahun 2017.
Dengan tema Realisasikan Aspirasi Anda, Fair & Lovely menerusi Kempen Biasiswa Fair & Lovely 2017 yang dianjurkan oleh Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd ini, akan menganugerahkan biasiswa sehingga RM200,000 ringgit kepada pelajar yang layak. Misi pencarian berkenaan sudah pun dimulakan sejak 6 Januari 2017 yang lalu, pada jam 12:00 am dan bakal berakhir pada 31 April 2017, jam 11:59pm.
Kepada anda yang khuatir mengenai tona wajah tidak sekata, kulit mengerutu, parut wajah seperti peta dunia dan seumpamanya dengannya. Lihat gambar pemenang biasiswa Fair & Lovely pada tahun 2016 di bawah. Adakah mereka secantik bidadari, snow white atau cinderella?. Oleh itu, usah merendah diri dan jadikannya penghalang untuk anda merebut biasiswa ini kerana dengan Fair & Lovely segalanya mampu mengubah anda menjadi jelitawan.
Kepada bakal pemenang Biasiswa Fair & lovely sekalian, tonjolkan kecantikan menerusi keyakinan diri anda dengan klik pada pautan di sini untuk menyemak syarat permohonan, cara memohon biasiswa dan pautan permohonan. Sekiranya anda ragu-ragu dengan wajah Melayu asli itu, masih ada banyak lagi biasiswa yang ditawarkan kepada anda. Hanya klik di sini untuk melihat biasiswa terbaru yang ditawarkan untuk tahun 2017.
https://youtu.be/kYNDO8v93I8
Perlukan
bantuan?