Prosuder & Kelayakan Membuat Permohonan Rayuan UPU bagi Lepasan STPM/Setaraf

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jul 31, 2017, 05:47 pm

Ramai yang masih keliru, siapakah yang layak membuat rayuan UPU. Baik pemohon lepasan SPM mahupun lepasan STPM/Setaraf yang sudah pun ada pengalaman dalam permohonan sebelum ini. Untuk merelaikan teka teki anda, kami kongsikan info berkaitan dengan rayuan UPU. Info ini adalah sahih kerana ianya digariskan dibawah Pekeliling Permohonan UPU bagi lepasan STPM/MATRIKULASI/ASASI/DIPLOMA/STAM yang dikeluarkan oleh pihak UPU sendiri.

  rayuan UPU  

Siapakah yang layak membuat rayuan?

 

Hanya pemohon yang GAGAL mendapat tawaran ke UA sahaja yang boleh mengemukakan permohonan rayuan (Pemohon yang GAGAL SAHAJA dan kepada yang sudah ditawarkan, jangan berangan hendak memohon, redha dan berserah sahaja kerana kursus yang ditawarkan adalah pilihan anda sendiri walaupun bukan kursus pilihan pertama).

  (28)  

Berapakah lama tempoh permohonan rayuan dibuka?

 

Permohonan rayuan hanya dibuka dalam tempoh 5 hari selepas keputusan permohonan kemasukan ke UA diumumkan kira-kira seminggu. Makanya, jangan sesekali terlepas tarikh rayuan kerana, rayuan tidak akan dibuka semula!. Jangan ada yang bertanya kepada kami selepas permohonan ditutup. (Jentik dahi tu nanti!).

    

Berapakah jumlah program pengajian yang boleh dipilih?

 

Pemohon dibenarkan mengemukakan EMPAT (4) pilihan program pengajian semasa mengemukakan permohonan rayuan (4 Pilihan kursus sahaja, tidak boleh lebih).

  RAYUAN - 4 PILIHAN PROGRAM  

Berapa banyak kalikah kemaskini permohonan boleh dibuat?

 

Pemohon dibenarkan membuat pengemaskinian tanpa sebarang had sehingga tarikh tutup permohonan rayuan (Kemaskini tanpa had, jangan ada yang sebarkan kemaskini hanya 3 kali sahaja!. Jangan tunjuk sangat kau tu ketinggalan zaman).

 

Perlukah membeli no pin semula?

 

Tidak perlu, log masuk sistem seperti biasa menggunakan nombor Kad Pengenalan atau nombor ID sebelum ini.

 

Jelas?. Untuk yang masih tidak tahu info terbaru mengenai permohonan rayuan fasa 1 dan fasa 2, SILA KLIK DISINI. Anda perlu tahu kerana permohonan Fasa 1 & 2 ini baru diperkenalkan oleh UPU. Kepada yang masih tidak faham mengenai kaedah saringan pemilihan pelajar ke UA melalui sistem Meritokrasi, sila ambil tahu dengan KLIK DISINI. Jadi tidaklah anda mendengar khabar angin yang tidak benar. Jika artikel ini bermanfaat, sila kongsikan dengan rakan anda yang lain. Rujuk juga artikel berkaitan dibawah, artikel tersebut akan memperjelaskan semua info mengenai UPU.Apa-apa pun semoga berjaya kami ucapkan!.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail