Ketahui Langkah Persediaan untuk Elakkan Anda Menjadi Penganggur Terhormat selepas Tamat Pengajian! | Afterschool.my

Ketahui Langkah Persediaan untuk Elakkan Anda Menjadi Penganggur Terhormat selepas Tamat Pengajian!

August 29, 2017
Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn

Pengangguran berlaku dimana-mana sahaja, semua negara tidak terlepas daripada menghadapi isu global dalam kalangan lepasan siswazah di negara masing-masing. Namun, terdapat tiga (3) golongan yang mudah ditawarkan pekerjaan pertama, graduan yang ada kemahiran spesifik dalam bidang tertentu. Kedua, mereka yang memiliki kemahiran berkomunikasi yang baik dan ketiga, anak orang kaya yang sudah disediakan jawatan khas selepas tamat pengajian.

 

ramai-gagal-dapat-kerja-sesuai

 

Apakah kategori anda?. Jika tiada dalam 3 kategori yang kami senaraikan ini, SELAMAT DATANG KE DUNIA PENGANGGURAN. Pahit memang pahit tetapi itulah hakikatnya. Apa yang boleh kita lakukan sekarang adalah memasang strategi bagaimana caranya  untuk mengelakkan diri daripada bergelar penganggur terhormat?. Berikut kami kongsikan tip bagaimana untuk elakkan anda menjadi penganggur.

 

graduan-menganggur

 

MOHON JALANI PROGRAM GAP YEAR

 

Ketika di alam universiti, cuba mohon program Gap Year. Apa itu program Gap year?. Rujuk pautan kami di akhir artikel untuk maklumat lengkap mengenai Gap Year. Sedikit info mengenai program ini, ianya baru diperkenalkan oleh KPT bermula pada tahun ini bertujuan untuk memberi pengalaman kerja kepada pelajar sekaligus langkah persediaan setelah mereka menamatkan pengajian kelak. Dengan pengalaman berkenaan, mereka dapat menarik perhatian majikan setelah menamatkan pengajian kelak.

 

gap-year (1)

 

Sekiranya pelajar memohon mengikuti program ini, mereka diberikan tempoh 1 tahun untuk melakukan sebarang aktiviti yang bermanfaat sama ada memohon bekerja sementara di agensi kerajaan seperti PDRM, KASTAM, JPAM, ATM atau boleh bekerja dengan agensi sukarelawan seperti pusat-pusat kebajikan masyarakat atau boleh tentukan sendiri seperti mengikuti program latihan kemahiran, bekerja di swasta dan sebagainya.

 

PILIH TEMPAT PRAKTIKAL YANG TEPAT

 

Jika anda memang berminat untuk meneruskan kerjaya dalam bidang pengajian anda, anda MESTI mempunyai pengalaman kerja dalam bidang tersebut, barulah majikan akan tertarik. Pengalaman tersebut boleh diperolehi melalui latihan praktikal ketika di akhir semester. Contohnya bidang kejuruteraan awam, mohon praktikal di syarikat pembinaan swasta yang paling berpengaruh dan aktif di Malaysia seperti Gamuda Berhad, IJM Land, IOI Properties Group Berhad, Naza TTDI SDN BHD dan lain-lain.

 

AAEAAQAAAAAAAALKAAAAJGU3MDQzNDYxLWQxMWQtNDlmNy05OTNkLTNlNWM3Y2U1MThjNA

 

Adakah mereka akan terima permohonan anda?. Ya, ini kerana anda hanyalah pelajar pratikal sahaja tetapi jika anda menunjukkan prestasi yang baik sepanjang latihan, peluang untuk ditawarkan bekerja di syarikat besar berkenaan sangat tinggi. Boleh bayangkan masa depan anda bekerja di syarikat besar?. Kami tidak galakkan anda memohon praktikal di institusi kerajaan. Kenapa?. KLIK pautan di akhir artikel untuk ketahui kenapa praktikal di swasta lebih baik berbanding kerajaan.

 

MOHON PROGRAM LATIHAN INDUSTRI (TRAINEESHIP) UNTUK SISWAZAH

 

Ini adalah salah satu cara jika anda telah terlambat dan sudah pun bergelar penganggur. Anda boleh mohon untuk mengikuti program latihan industri di syarikat-syarikat besar. Majoriti syarikat menawarkan peluang ini kepada siswazah yang baru sahaja menamatkan pengajian tanpa pengalaman apa pun. Jika terpilih anda akan dilatih dan sekiranya menunjukkan prestasi yang baik, peluang yang sangat tinggi untuk terus ditawarkan bekerja di syarikat tersebut.

 

Starbucks Traineeship

 

MOHON PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN SISWAZAH INSEP

 

INSEP adalah singkatan kepada Industrial Skills Enhancement Programme iaitu pembiayaan latihan kemahiran kepada golongan lepasan Siswazah (diploma/ijazah) secara PERCUMA. Program ini memberi peluang kepada graduan diploma dan ijazah untuk meningkatkan peluang pekerjaan khususnya mereka yang masih menganggur /tiada pekerjaan tetap atau ingin meningkatkan kemahiran diri.

 

IMG_4132-1

 

Mereka yang memohon dan terpilih akan menjalani latihan di pusat-pusat latihan terpilih secara sepenuh masa dan di akhir sesi latihan, mereka akan menjalani latihan di syarikat-syarikat industri sesuai dengan kemahiran yang diikuti.  Kursus yang paling menjadi tumpuan adalah Safety & Health Office (SHO), Plant Inspection Managment, NDT, Welding Inspection, Calibration Instrumentation, Oil & Gas Electro-Mechanical and Instrumentation. Program ini sesuai untuk mereka yang ingin menukar bidang memandangkan bidang pengajian yang diambil bukanlah menjadi permintaan pasaran.

 

0703137

 

PAUTAN BERKAITAN

 

Seperti mana yang kami janjikan, anda boleh klik pautan dibawah untuk rujuk apa itu Gap year, kenapa latihan di swasta lebih baik, info Traineeship yang ditawarkan dan program INSEP.

Info Gap year

Kenapa Latihan  Praktikal di Swasta Lebih Baik Berbanding Kerajaan

Info Traineeship yang ditawarkan

Info Program INSEP

Peperiksaan Hari Rabu adalah
Geografi I dan II

Dapatkan soalan ulang kaji SPM + soalan percubaan secara PERCUMA.

Log masuk akaun anda

Daftar Akaun