Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Sokong KPM Mansuh UPSR!

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Dec 07, 2016, 05:02 pm

[caption id="attachment_4203" align="alignnone" width="491"]kamarozaman-abd-razak Kamarozaman Abd Razak, Presiden NUTP[/caption]  

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menyokong cadangan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Kenyataan ini dikeluarkan menerusi Presidennya, Kamarozaman Abd Razak. Keputusan sebulat suara itu dibuat ketika mesyuarat kesatuan tersebut yang diadakan pada 28 November yang lalu.

 

fw343633_sb02_300914__sabah_upsr-e1412053730740

 

Walau bagaimanapun, NUTP berkata, mereka akan menyokong cadangan yang diketengahkan oleh KPM itu tetapi dengan syarat, KPM perlu berbincang terlebih dahulu dengan NUTP sebelum membuat sebarang keputusan berkaitan sebarang perubahan. Menurutnya lagi, NUTP mempunyai hak untuk terlibat dalam perbincangan tersebut dan perlu terlibat dalam menjalankan kajian ke atas perkara tersebut.

 

Menurut Kamarozaman lagi, "keputusan tersebut dibuat bagi mengurangkan tekanan ke atas guru-guru selain mengubah persepsi sesetengah orang ramai yang menganggap gred A adalah penanda aras untuk mengukur tahap kualiti pelajar. Sekiranya keputusan rombakan itu dipersetujui, pelajar akan dinilai oleh sekolah masing-masing, dan bukan semata-mata berdasarkan keputusan peperiksaan berpusat, "katanya.

 

Sementara itu, Menteri Pelajaran, Datuk Seri Mahdzir Khalid dalam kenyataan media sebelum ini berkata, keputusan sama ada untuk memansuhkan UPSR atau sebaliknya hanya akan dibuat pada tahun depan. Dalam perkembangan berkaitan, Kamarozaman menggesa Lembaga Peperiksaan Malaysia dan Kurikulum KPM, Bahagian Pembangunan supaya mendedahkan skim pemarkahan UPSR baru-baru ini. Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan UPSR baru-baru ini, yang menunjukkan hanya 1.11 peratus daripada 440.782 calon mendapat semua A.

  [caption id="attachment_4204" align="alignnone" width="491"]mahdzir-khalid Dato' Seri Mahdzir bin Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia[/caption]  

Untuk lebih informasi terkini mengenai dunia pendidikan seperti biasiswa, peluang menyambung pengajian ke luar negara, perubahan sistem baharu oleh kementerian dan lain-lain. Klik di sini.

 

Sumber : Bernama

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail