Are you an international student?
Visit the International Students section on our website to find out the latest news and everything you need to know about studying in Malaysia.
Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Dec 07, 2016, 12:35 pm
Menurut Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia, Tan Sri Dr. Noorul Ainur Mohd Nur, “Sehingga 21 November 2016, bilangan warga emas yang memperolehi PhD telah meningkat sebanyak 12% dengan menjadikan peratus keseluruhan adalah sebanyak 38% atau 44 orang. Prestasi yang dicatatkan ini adalah lebih baik berbanding pencapaian tahun lalu di mana (2015) jumlah peratusan adalah sebanyak 26% atau seramai 38 orang.
[caption id="attachment_4135" align="aligncenter" width="727"] Tan Sri Dr. Noorul Ainur Mohd Nur, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi[/caption]Daripada 38% graduan PhD warga emas tersebut, seramai 36 orang adalah daripada Universiti Awam (UA), manakala 8 orang lagi adalah daripada Universiti Swasta. UA yang menjadi pilihan utama warga emas adalah :
Bidang pengajian utama yang menjadi pilihan warga emas adalah :
Menurut Tan Sri Noorul Ainur lagi “Pencapaian ini merupakan satu kejayaan yang membanggakan bagi sistem pendidikan tinggi Malaysia yang fleksibel selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 -2025 (Pendidikan Tinggi) yang memberi penumpuan terhadap pembangunan sistem pembelajaran sepanjang hayat serta menyediakan peluang yang lebih luas kepada golongan yang sudah mempunyai pengalaman berkerja untuk terus menimba ilmu” ujarnya.
Ternyata ke semua graduan warga emas yang bergraduasi pada tahun ini membuktikan bahawa pembelajaran sepanjang hayat itu adalah sesuatu yang tidak mustahil selagi mana ilmu itu sentiasa dijunjung ke liang lahad. Tahniah dan syabas kami ucapkan!.
Perlukan
bantuan?