Graduan ACCA Malaysia dinobat ke-7 terbaik dunia

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Aug 26, 2016, 09:24 pm

Siti Aisah Kamarulzaman, 21, muncul sebagai Graduan Terbaik Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) di Malaysia dan ke-7 terbaik dunia, untuk peperiksaan Jun 2013.Graduan ACCA Malaysia dinobat ke-7 terbaik dunia Pelajar dari Fakulti Perakaunan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) itu adalah yang ke-7 terbaik dunia daripada 6,000 calon yang menduduki peperiksaan itu, dan yang terbaik daripada 724 graduan ACCA di negara ini. Abangnya, Khalid juga merupakan graduan terbaik di Malaysia dalam peperiksaan yang sama tahun lepas. Beliau berkata, pengalaman ayahnya, Kamarulzaman Udin, 51, sebagai peniaga pasar malam, dan nasihat dari ibunya, Sa'adah Rahmat, 52, seorang guru, telah memberi imspirasi kepadanya untuk bekerja keras dan memberi tumpuan untuk mencapai kejayaan terbaik dalam pelajaran dan kehidupan. "Saya bersyukur dengan pencapaian ini, dan saya berterima kasih kepada ibu bapa dan pensyarah yang telah memberikan sokongan penuh dan inspirasi sepanjang pengajian saya. Mereka adalah kekuatan dan inspirasi saya untuk kejayaan yang sangat bermakna ini, "kata Siti Aisah. Siti Aisah mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Certified Accounting Technician (CAT) Professional yang diambil pada Jun 2011. Melihat potensi pelajar cemerlang ini, Binder Dijker Otte (BDO), firma audit kelima terbesar dari Amerika Syarikat, telah menawarkan pembiayaan pengajian ACCA. Siti Aisah turut ditawarkan jawatan di firma tersebut.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail