Garis Panduan Permohonan Mengikuti Program Gap Year Universiti oleh KPT

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jul 27, 2017, 05:28 pm

Program Gap Year telah diumumkan semasa Majlis Amanat Menteri Pendidikan Tinggi 2017 bagi memenuhi Lonjakan 1 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 – 2025 (Pendidikan Tinggi) PPPM(PT) iaitu melahirkan graduan holistik, seimbang dan bercirikan keusahawanan. Program Gap Year akan dilaksanakan dalam jangka masa setahun untuk pelajar membuat refleksi dan penerokaan diri menerusi program kesukarelawanan, keusahawanan, bersukan dan sebagainya. Terdapat tiga bentuk program Gap Year yang ditawarkan iaitu :

  garis panduan permohonan gap year  

Gap Year - Kesukarelawanan Khidmat Negara

 

Program ini akan menempatkan pelajar yang berminat ke agensi-agensi badan beruniform seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Terdapat dua Universiti Awam (UA) yang akan menjadi peneraju kepada program Gap Year - Kesukarelawanan Khidmat Negara iaitu Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pelajar akan berkhidmat sebagai sukarelawan di tiga agensi tersebut selama 1 tahun.

 

IMG_0238

 

Gap Year - Kesukarelawanan 

 

Program Gap Year - Kesukarelawanan merupakan program kerjasama antara universiti peneraju bersama agensi yang terlibat untuk pelajar melaksanakan aktiviti kesukarelawanan. Program ini akan dilaksanakan selama tiga (3) bulan sehingga satu (1) tahun. Universiti bersama agensi yang menawarkan program Gap Year - Kesukarelawanan dalam kategori ini adalah seperti berikut :

 

  • Universiti Utara Malaysia (UUM) – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) – Islamic Relief Malaysia (IRM)
  • Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) – Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
  • Universiti Malaysia Terengganu (UMT) – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS) – Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK)
  • Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) – Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) dan Jabatan Pendidikan Negeri Perak(JPNP)

  10498312_1412098089087279_5100158555644468664_o  

Gap Year - Umum 

 

Program Gap Year - Umum terbuka buat pelajar yang ingin menangguhkan pengajian bagi melibatkan diri di dalam aktiviti sukan, keusahawanan, meningkatkan kemahiran, melancong dan sebagainya. Aktiviti yang dirancang oleh pelajar perlu mendapat kelulusan dan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh universiti masing-masing. Tempoh minimum program adalah selama satu semester dan tempoh maksimum adalah selama satu tahun kalendar akademik. Program ini tidak mempunyai struktur spesifik seperti program Gap Year - Kesukarelawanan Khidmat Negara atau Gap Year - Kesukarelawanan. Pelajar bebas memilih program yang bermanfaat dan menambah nilai kemahiran mereka.

  4nuuvZrBiHon   KLIK PAUTAN PENTING  

 

Jadi mana satu pilihan anda?. Untuk pengetahuan anda, anda boleh memilih sama ada untuk memohon mengikuti Program Gap Year atau sebaliknya. Terpulang kepada keputusan massing-masing kerana ianya tidak diwajibkan. Jangan lupa rujuk artikel berkaitan dibawah yang berkait rapat dengan program Gap year.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail