Diploma

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Aug 10, 2016, 03:00 pm

Diploma merupakan sijil ataupun ijazah yang dikeluarkan oleh sesuatu institusi pendidikan tertentu samada dari peringkat kementerian, sekolah tinggi, kolej, kolej universiti mahupun universiti.

Penganugerahan pangkat akademik diploma adalah merupakan suatu pengesahan bahawa penerima telah berjaya menghabiskan pengajiannya dalam bidang-bidang pengajian akademik tertentu.

Diploma di Malaysia terbahagi kepada pengajian:

  • Kemahiran
  • Pengajian Tinggi
  • Vokasional dan Teknikal

Ciri-ciri pelajar diploma

  • Sudah kenal pasti masa depan atau bidang pekerjaan yang diinginkan
  • Ingin bekerja setelah/semasa belajar
  • Suka keseimbangan teori dan praktikal dalam pembelajaran
  • Berusaha menambah ilmu dan kepakaran yang sedia ada

Kenapa pilih diploma

  • Jika mahu menyambung pengajian dari peringkat diploma ke peringkat ijazah sarjana muda di universiti yang sama, syarat kelayakan adalah tidak terlalu tinggi.
  • Kelayakan serendah CGPA 2.50 (tertakluk kepada bidang yang dipohon)
  • Boleh memulakan semester dari semester 3 (contoh: Jika kursus ijazah sarjana muda 4 tahun, boleh terus sambung pengajian ke ijazah sarjana muda di tahun kedua, bermakna hanya 3 tahun sahaja untuk pengajian tersebut.)
  • Diploma tawarkan 3 tahun pengajian, bergantung kepada bidang pengajian tersebut.
  • Sijil diploma juga boleh digunakan sebagai kelayakan untuk memohon pekerjaan.

Syarat layak masuk

  • Warganegara Malaysia
  • Lulus SPM / setaraf dengan 5 kepujian atau lebih tinggi
  • Kepujian dalam Bahasa Malaysia

Pilihan matapelajaran

Terdapat pelbagai pilihan matapelajaran dalam sijil diploma yang merangkumi pelbagai bidang, dari jurusan kejuruteraan hinggalah ke jurusan seni fesyen. Antara program diploma yang ditawarkan di Malaysia adalah seperti berikut:

  • Perakaunan
  • Senilukis dan Senireka
  • Sains pentadbiran dan Pengajian Polisi
  • Senibina Perancangan dan Ukur
  • Sains Gunaan
  • Perladangan dan Agroteknologi
  • Pengurusan Perniagaan
  • Sains Komputer dan Matematik
  • Pengurusan Perniagaan
  • Kejuruteraan
  • Filem, Teater dan Animasi
  • Pengurusan Hotel dan Pelancongan
  • Sains Kesihatan
  • Komunikasi dan Pengajian Media
  • Farmasi
  • Muzik
  • Sains Sukan dan Rekreasi

Kaedah penilaian

  • Belajar: Kaedah pembelajaran merangkumi teori dan amali, bergantung pada kursus yang diambil oleh pelajar.
  • Ujian: Ujian terbahagi kepada kerja kursus dan ujian peperiksaan akhir semester, serta beberapa markah yang lain dinilai dari segi kuiz, projek, laporan kajian, dan perbentangan.
  • Nilai: Markah dinilai dari jumlah jam kredit serta markah-markah yang lain sebelum dikira secara purata dalam bentuk CGPA.

Yuran

Kebanyakan yuran diploma di IPTA ialah sekitar RM350-RM700 satu semester. Manakala, yuran pengajian diploma di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) berjumlah RM979.00 bagi setiap semester. Untuk semester pertama di UPNM, para pelajar harus membayar yuran kemasukan sebanyak RM335.00.

PTPTN

Pelajar yang memohon PTPTN boleh mendapat pinjaman dari tabung tersebut berjumlah RM4,750 setahun untuk pelajar IPTA. Manakala bagi pelajar diploma di IPTS, pembiayaan maksimum sebanyak RM3,150 setahun diberikan kepada pemohon yang layak.

Cara daftar

Cara mendaftar ke peringkat diploma IPTA ialah melalui UPU. Manakala pendaftaran diploma di IPTS boleh dibuat secara langsung di institusi berkenaan.

Menuju uni

Dalam negara

  • Pelajar boleh sambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda mengikut syarat-syarat am dan khas yang telah ditetapkan oleh pihak universiti.
  • Untuk menyemak samada program diploma IPTS anda itu diiktiraf oleh MQA atau tidak, anda boleh pergi ke laman web http://www.mqa.gov.my/mqr/english/eakrbyipts.cfm dan taip nama institusi pengajian anda, kemudian klik search. Jika program diploma anda tersenarai, bererti ia diiktiraf oleh MQA. Oleh itu, anda layak memohon untuk sambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di mana-mana IPTA.

Luar negara Pelajar boleh sambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh universiti berkenaan.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail