Celcom Axiata Tawar Peluang Pekerjaan kepada Fresh Grad menerusi Program Pelatih Pengurusan (CAMT)

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Aug 21, 2017, 03:35 pm

Jika anda menggunakan telefon, tentu anda mengenali syarikat telco terkemuka di negara ini iaitu Celcom Axiata. Seiring dengan perkembangan syarikat, pihak syarikat mula memperkenalkan program latihan pengurusan syarikat itu sekaligus membuka peluang pekerjaan kepada graduan melalui Program Pelatih Pengurusan Celcom Axiata (CAMT).

 

Tujuan utama mereka memperkenalkan program ini adalah untuk mengenal pasti dan mengembangkan bakat muda supaya menjadi pelapis kepimpinan organisasi, industri dan negara di masa depan. Pemilihan yang ketat dilaksanakan oleh pihak syarikat bagi memastikan semua  graduan yang terpilih memiliki potensi yang  tinggi sekaligus menjadi aset bernilai kepada syarikat.

 

1200x630-celcom

 

Program CAMT  dilaksanakan selama 18 bulan. Program pembangunan berasaskan pendidikan intensif ini melibatkan gabungan bengkel, projek, pembinaan dan peluang untuk berinteraksi dengan pekerja lain daripada pelbagai department (jabatan)  selain mengenali pelbagai fungsi jawatan dan syarikat umumnya.

 

PROSES PEMILIHAN

 

Sekiranya anda terpilih, anda akan dinilai melalui proses pemilihan yang terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Pra pemeriksaan,

 

Pra-pemeriksaan

Pada pra-pemeriksaan melibatkan proses menyemak syarat kelayakan anda. Anda mesti memenuhi kriteria berikut:

 
  • Pemegang Ijazah Sarjana bersamaan dengan minimum Kelas Kedua Atas atau CGPA 3.3.
  • Bukti yang menunjukkan pemohon pernah menerajui sesuatu kepimpinan sama ada di sekolah atau universiti
  • Terbuka kepada pelbagai disiplin akademik tetapi keutamaanya diberikan dalam bidang Kejuruteraan, terutamanya Elektrik dan Elektronik, Perniagaan dan Pengurusan, Kewangan dan Perakaunan, Sains Komputer atau IT, Undang-undang, Psikologi, Sains Alam, Sains Sosial
 

Flexibility Belajar dan Keterampilan Belajar

Jika anda memenuhi kriteria di atas, pihak syarikat akan meminta anda untuk menjalani dua ujian penilaian bagi menentukan keupayaan pemohon dari segi keserasian tingkah laku dan ketangkasan pembelajaran.

  • Profil Perilaku
    • Latihan ini membolehkan pihak syarikat menentukan profil dan kecenderungan tingkah laku anda dalam situasi yang berbeza seterusnya dapat mengenalpasti pekerjaan/jawatan apakah yang sesuai untuk anda.
  • Ketangkasan Pembelajaran
    • Latihan ini pula menilai aspek kekuatan dan gaya pembelajaran anda. Hasil ujian ini, membolehkan mereka merancang pembelajaran dan pembangunan masa depan anda dengan lebih baik.
  • Kepimpinan 
    • Kepimpinan
      • Bagi mengenalpasti bakat kepimpinan, anda akan menjalani proses saringan temu bual berstruktur untuk mengukur tahap kecekapan kepemimpinan
    • Hubungan 
      • Mampu berinteraksi dengan pelbagai tangga jawatan di dalam organisasi mahu pun diluar organsasi terutamanya melibatkan pelanggan
    • Pemikiran Strategik
      • Mampu menganalisis dan menarik pelbagai maklumat dan data dalam membentuk langkah ke arah mencapai objektif strategik.
  010-09082014ba   Jika anda berminat memenuhi syarat kelayakan dan ingin menyahut cabaran ini, anda boleh layari laman rasmi Celcom Axiata bagi permohonan secara online. KLIK DISINI. Untuk program latihan siswazah yang lain, anda boleh rujuk link berikut :   Starbucks Tawarkan Pekerjaan dalam Bentuk Program Latihan untuk Siswazah P&G Buka Tawaran Kepada Pelajar Tahun Akhir & Lepasan Siswazah untuk Bina Kerjaya selepas Tamat Pengajian Program Latihan Siswazah Perantis PUNB 2017! Tawaran Latihan Siswazah & Pekerjaan oleh Global Business Centre (GBS) Asia Khas untuk Graduan Bidang Perakaunan, Kewangan, Pengajian Perniagaan, Sumber Manusia atau Bidang Berkaitan
BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail