Biasiswa Mymaster yang Wajib Anda Tahu Jika Ingin Sambung Pengajian ke Peringkat Ijazah Sarjana

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Feb 23, 2022, 05:27 pm

Perkongsian kali ini, kami ingin kongsikan mengenai MyMaster yang diwujudkan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) menerusi Program MyBrain15 bagi membiayai pengajian di peringkat Ijazah Sarjana. Apa syarat kelayakannya?.

 

 CZ4aalRWYAITdXN

 

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN MYMASTER

 

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari tahun pengambilan
  • Pemohon mestilah :
    • i. Orang awam yang tidak bekerja dan tidak berpendapatan tetap
    • ii. Kakitangan swasta
    • iii. Pensyarah IPTS
    • iv. Kakitangan kerajaan/badan berkanun/IPTA (kontrak/sambilan/sementara)
  • Pemohon yang bekerja di luar negara tidak layak memohon.
  • Pemohon tidak memiliki Ijazah Sarjana atau setaraf semasa memohon MyMaster.
  • Pemohon mestilah memenuhi syarat kelayakan akademik seperti berikut:
    • i. Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan PNGK 3.00 - 4.00 atau setara
    • ii. Berumur sekurang-kurangnya 30 tahun dan mendapatkan Sijil Perakuan Accreditation of Prior Experiantial Learning (APEL) bagi kemasukan ke program Ijazah Sarjana (tahap 7, Kerangka Kelayakan Malaysia) dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
  • Memenuhi syarat kemasukan ke IPT dan telah menerima surat tawaran tidak bersyarat daripada IPT atau telah memulakan pengajian di IPT. Pengajian mestilah di peringkat Ijazah Sarjana atau sijil profesional yang setaraf dengan Ijazah Sarjana sahaja
  • Pemohon tidak menerima pembiayaan lain daripada mana-mana pihak untuk melanjutkan pengajian di peringkat yang sama, kecuali yang dibenarkan sahaja seperti berikut:
    • i. Pemohon kategori orang awam yang tidak bekerja dan tidak berpendapatan tetap boleh menerima elaun pembantu penyelidik siswazah atau pinjaman pelajaran daripada penaja lain, dengan syarat ia bukanlah pinjaman boleh ubah atau biasiswa penuh.
    • ii. Pemohon kategori kakitangan swasta dan pensyarah IPTS boleh menerima pinjaman pelajaran daripada penaja lain atau pembiayaan tambahan daripada majikan masing-masing, dengan syarat ia bukanlah pinjaman boleh ubah atau biasiswa penuh.
    • iii.Pemohon kategori kakitangan kerajaan/badan berkanun/Universiti Awam (kontrak/sambilan/sementara) boleh menerima pinjaman pelajaran daripada penaja lain, dengan syarat ia bukanlah pinjaman boleh ubah atau biasiswa penuh.
  • Mod pengajian yang perlu diikuti oleh pemohon adalah secara sepenuh masa sahaja
  • Pemohon boleh mengikuti pengajian dalam semua bidang sama ada di Universiti Awam atau IPTS bertaraf Universiti dan Kampus Universiti Luar Negara.

 

Jadi jika anda memenuhi syarat kelayakan jom semak pula senarai Universiti Awam dan IPTS yang layak untuk memohon pembiayaan mymaster ini. Jangan tak tahu bukan sahaja UA yang boleh memohon pelajar IPTS juga layak memohon!. KLIK DISINI untuk SEMAKAN!.

KLIK DISINI untuk prosuder permohonan

KLIK DISINI untuk semak SOAL JAWAB Mymaster

KLIK DISINI untuk baca cara sambung master menggunakan sijil APEL (Kelayakan berdasarkan pengalaman bukan akademik)

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail