Biasiswa Melanjutkan Pengajian Sarjana Muda, Sarjana (masters) dan PhD di Korea!.

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Feb 02, 2017, 11:27 am

Annyeonghaseyo!,

Korea-Jeju_spring-s

 

Berita baik kepada anda yang sukakan apa sahaja tentang negara Korea sama ada kegilaan anda terhadap makanannya seperti Kimbab, pembedahan plastik, bahasa Korea, artis k-pop, drama Korea (The Legend of the Blue Sea, My Girl, Winter Sonata, Goblin, Auntum in My Heart) dan berangan-angan untuk tinggal di sana.

 

giphy (1)

 

giphy (2)

 

Kini angan-angan itu mungkin akan menjadi kenyataan. Ini kerana, Kedutaan Korea telah membuka peluang kepada pelajar luar negara untuk melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda, sarjana (masters) dan PhD ke universiti terpilih di negara itu menerusi pemberian biasiswa. Ya biasiswa!.

 

korea-university

 

Oleh itu, untuk kongsikan rasa keterujaan itu, kami kongsikan pautan di bawah untuk memudahkan anda membuat permohonan.

 

Panduan permohonan dan syarat kelayakan 

(Pastikan anda membaca panduan ini dengan teliti dan syarat-syarat kelayakan permohonan)

 

Senarai program yang ditawarkan mengikut universiti di Korea

(Anda boleh memilih program pengajian yang ditawarkan oleh universiti-universiti ini sahaja)

 

Borang permohonan

(Lengkapkan borang permohonan dan hantar kepada kedutaan Korea di negara masing-masing atau terus ke universiti yang dipohon. Suka diingatkan pemohon perlu memilih salah satu tempat untuk menghantar permohonan sahaja iaitu sama ada kedutaan Korea atau universiti yang dipilih).

 

Semakan soalan serta jawapan yang sering dibangkitkan mengenai biasiswa ini.

(Anda boleh menyemak soalan yang kemungkinan turut bermain dalam fikiran anda mengenai biasiswa ini. Pihak kedutaan Korea telah menjawab soalan yang sering disoal kepada mereka)

 

korea-spring-weather

 

Jadi tunggu apa lagi! Rebutlah peluang ini. Tentu sahaja masa depan anda akan lebih cerah jika tahu berbahasa Korea!. Kepada anda yang ingin mendapatkan informasi terkini berkaitan biasiswa. Klik di sini untuk terus ke portal bahagian biasiswa kami. Semoga berjaya!.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail