Asasi di Universiti Awam

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Feb 03, 2016, 02:55 pm

AS-BM-Asasi-di-UA, Asasi di Universiti Awam

Asasi adalah kursus pra universiti yang ditawarkan oleh universiti awam di Malaysia. Kursus ini terdapat di UM, UIAM, UiTM, UPM, USIM, UPNM, dan UNIMAS. Tempoh program Asasi bergantung pada kursus yang ditawarkan, dari Program Satu Tahun (PST) dan Program Dua Tahun (PDT).

Kenapa pilih kursus ini?

Tidak seperti Tingkatan Enam atau Matrikulasi, Asasi dibentuk khusus untuk persediaan pelajar untuk menghadapi kurikulum di universiti. Terdapat dua jenis kursus dalam program Asasi, iaitu jenis 'terbuka' dan 'tertutup'. Terbuka: Diiktiraf oleh universiti lain untuk meneruskan pengajian ijazah sarjana muda. Contoh:

Tertutup: Hanya diiktiraf oleh universiti yang menawarkan asasi dan tidak kepada universiti lain. Contoh:

Syarat layak masuk

Pemohon dikehendaki lulus dengan 5 kredit dalam SPM termasuk Bahasa Malaysia. Asasi biasanya ditawarkan kepada pelajar Bumiputera. Bagaimanapun, terdapat enam kursus Asasi ditawarkan kepada bukan bumiputera iaitu:

  • AsasiPintar di UKM
  • Asasi Sains Pertanian di UPM
  • Empat kursus asasi di UPNM

Pilihan matapelajaran

Terdapat pelbagai jenis aliran dalam asasi. Setiap UA mempunyai programnya sendiri yang mengambil masa antara satu atau dua tahun. Sebagai contoh, UiTM menawarkan program asasi seperti berikut: ASASi bm, Asasi di Universiti Awam Pelajar dinasihatkan untuk mengkaji program asasi yang ditawarkan oleh universiti.

Kaedah penilaian

Pengajian Program asasi biasanya mempunyai satu tahun pengajian (dua semester), tetapi boleh dilanjutkan kepada dua tahun melalui Program Dua Tahun (PDT). Ujian Peperiksaan diadakan mengikut semester. Bergantung pada universiti tersebut, berkemungkinan ada peperiksaan tambahan, sebagai contoh, UIAM mengadakan peperiksaan Bahasa Arab. Nilai Gred diberikan mengikut kaedah CGPA. CGPA tertinggi ialah 4.0, dan pelajar dikehendaki mendapat sekurang-kurangnya 2.0 CGPA atau lebih.

Yuran

Yuran disubsidikan oleh kerajaan. Sebagai tambahan, pelajar diberi elaun RM1,250 satu semester. Yuran pengajian sebanyak RM350 dan kos penginapan sebanyak RM360 per semester. Penginapan disediakan oleh pihak universiti.

Cara daftar

Permohonan untuk Asasi boleh dibuat secara online melalui laman web Unit Pusat Universiti (UPU) dari Januari hingga minggu pertama April. Permohonan boleh dilakukan dengan mendapatkan nombor pin khas dari Bank Simpanan Nasional (BSN). Baca panduan mengisi UPU dan memilih kampus dan kursus anda di sini.

Jalan ke Uni

Luar Negara  Universiti di luar negara tidak mengiktiraf asasi, jadi perlu sambung ke universiti tempatan dalam ijazah sarjana muda sebelum ke universiti luar negara. Tempatan  Program Asasi akan diadakan selama setahun dan membenarkan pelajar untuk bekerja dalam tempoh setahun selepas graduasi sebelum menyambung pelajaran dalam ijazah sarjana muda, dalam lingkungan umur 21-22 tahun. Pelajar dikehendaki membayar semula elaun tersebut jika tidak dapat menghabiskan pengajian.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail