Artis Popular yang Cemerlang dalam SPM! | Afterschool.my

Artis Popular yang Cemerlang dalam SPM!

March 20, 2017
Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 telah diumumkan 16 Mac yang lalu. Kepada anda tentu berminat untuk mengetahui berapakah keputusan yang diperolehi oleh artis di Malaysia bukan?. Jadi, kami senaraikan 5 selebriti yang pernah mendapat keputusan cemerlang dalam SPM. Jangan main-main, paling tidak disangka adalah artis baru popular, Janna Nick!.

 

Neelofa SPM

 

Neelofa

Tahun: 2006
Keputusan: 10A
Sekolah: MRSM Langkawi

 

Noor Neelofa Mohd Noor, 28, merupakan salah seorang pelajar cemerlang dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Langkawi. Memperoleh keputusan 10A pada peperiksaan SPM tahun 2006.

 

Bukan setakat SPM, Neelofa turut mendapat keputusan cemerlang pada peperiksaan UPSR (5A) dan PMR (8A). Pelakon kelahiran negeri Kelantan itu kemudiannya melanjutkan pengajian A Level di Kolej Damansara Utama sebelum menyambung Ijazah Sarjana Muda Perdagangan Asing dan Pemasaran Antarabangsa di Sunway University College, Petaling Jaya.

 

MIRA FILZAH SPM

 

Mira Filzah

Tahun: 2010
Keputusan: 8A
Sekolah: SMK Aminudin Baki, Kuala Lumpur

 

Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah binti Badioezaman, 24, merupakan bekas pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminudin Baki, Kuala Lumpur.

 

Bukan calang-calang pelajar, pelakon drama “Meh Sandar Pada Aku” ini merupakan pelajar bijak selain berbakat dalam seni lakonan. Beliau melanjutkan pengajian di UiTM, Shah Alam dalam jurusan Perniagaan Antarabangsa dan telah pun menamatkan pengajian beliau di universiti itu.

 

wincI SPM

 

Soo Winci

 

Tahun: 2002
Keputusan: 7A, 2B
Sekolah: SMK Damansara Utama

Soo Wincci juga antara selebriti Malaysia yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM. Penyanyi itu memperoleh keputusan 7A, 2B dalam peperiksaan SPM ketika menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Utama.

 

Soo Wincci merupakan pemegang ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang Pengurusan Perniagaan dari Universiti Terbuka Malaysia (OUM). Malah, dia turut menerima pengiktirafan sebagai ratu cantik Malaysia pertama yang menerima PhD oleh Malaysia Book Of Records.

 

Soo Wincci juga mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang undang-undang dari Universiti Reading, United Kingdom dan Ijazah Sarjana dalam bidang pengurusan perniagaan dari Universiti Sunshine, Coast, Australia.

 

JANNA NICK SPM

 

Janna Nick

 

Tahun: 2013
Keputusan: 6A, 2B
Sekolah: Sekolah Menengah Kebangsaan Danau Kota

 

Nurul Janna Muner, 21, atau lebih dikenali sebagai Janna Nick merupakan salah seorang artis yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM.

 

Janna pernah bersekolah di Maktab Rendah Sains Mara Pendang, Kedah, Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas dan akhir sekali di Sekolah Menengah Kebangsaan Danau Kota. Menerusi peperiksaan SPM, pelakon filem Kimchi Untuk Awak itu memperoleh 6A dan 2B.

 

nAJWA LATIFF SPM

 

Najwa Latiff

Tahun: 2012
Keputusan: 4A
Sekolah: SMK (P) Temenggong Ibrahim, Johor

 

Najwa Latif merupakan pelajar aliran Sains Tulen Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Temenggong Ibrahim, Johor telah memperoleh 4A dalam peperiksaan SPM 2012.

 

Penyanyi Cinta Muka Buku itu mendapat A dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam dan Matematik serta lulus dalam enam mata pelajaran lain.

 

BIASISWA TERKINI

 

Biasiswa Yayasan Telekom Malaysia 2017! (SPM,STPM,Matrikulasi, Diploma, Asasi)

Biasiswa Yayasan Telekom Malaysia 2017! (SPM,STPM,Matrikulasi, Diploma, Asasi)

Biasiswa Petronas dalam & Luar Negara 2017

Biasiswa Bank Negara Malaysia 2017 (Peringkat Degree, Masters &PhD)

Biasiswa Khazanah Global & Khazanah Watan 2017

Biasiswa Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2017

Biasiswa Yayasan Sime Darby 2017

Tabung Pendidikan Elena Cooke 2017

Biasiswa Permodalan Nasional Berhad

Biasiswa Kerajaan Dibawah MyBrainsc untuk Pelajar Aliran Sains Kini Dibuka

Biasiswa Kerajaan New Zealand 2017 untuk Melanjutkan Pengajian ke New Zealand

Biasiswa ASEAN (Ditawarkan oleh Kerajaan Singapura)

Biasiswa Yayasan Kuok Berhad (Pelajar sedang dalam Pengajian Ijazah Sarjana Muda)

Biasiswa KPMG ASEAN 2017

Biasiswa Yayasan Tun Suffian 2017

Biasiswa Yayasan Peneraju 2017

Biasiswa Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM Feruni Ceramiche) 2017

Tawaran Skim Insentif Anak Peneroka (SIAP) untuk Melanjutkan Pengajian

Biasiswa Kerajaan Korea

Biasiswa Kecemerlangan Universiti Manchester

Biasiswa Karangkraf 2017!

Biasiswa Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) 2017

Faculty of Engineering Excellence Scholarships (FEES) at University of Strathclyde, UK

Biasiswa Xiamen Universiti 2017

International Excellence Undergraduate Scholarship UK

Amcorp Study Grant 2017

Khazar University International Scholarship Program

Peperiksaan Hari Rabu adalah
Geografi I dan II

Dapatkan soalan ulang kaji SPM + soalan percubaan secara PERCUMA.

Log masuk akaun anda

Daftar Akaun