logo
logo

    Courses

    Institutions

Semakan Keputusan Kemasukan ke Matrikulasi untuk Lepasan SPM

Afterschool

Afterschool

July 6, 2021





Kepada anda lepasan SPM yang memohon ke program matrikulasi bagi tahun ini, keputusan calon yang berjaya ke Program Matrikulasi KPM boleh disemak mulai 8 Julai 2021 (Khamis) jam 3.00 petang. Berikut dikongsikan hebahan oleh pihak KPM bahagian Matrikulasi melalui laman web soal jawab berkaitan matrikulasi.

 

 

Semakan boleh dibuat melalui melalui pautan https://matrikulasi.moe.gov.my. Buat masa sekarang pautan link belum diaktifkan lagi. Kami banyak menerima soalan daripada pelajar jika berjaya ditawarkan ke tingkatan 6 adalah akan berjaya ditawarkan ke matrikulasi atau universiti awam kelak. Isu ini timbul memandangkan tahun lepas semua permohonan diselaraskan dibawah UPUOnline tetapi tahun ini permohonan perlu dibuat secara berasingan sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Berikut adalah tarikh penting kemasukan ke institut pengajian tinggi :

 

  • Keputusan tawaran kemasukan ke tingkatan 6 diumumkan 5 Julai (Untuk pautan semakan klik disini)
  • Keputusan tawaran kemasukan ke matrikulasi diumumkan 8 Julai (Pautan semakan, klik disini)
  • Keputusan tawaran kemasukan ke IPTA (universiti awam, politeknik, ILKA) diumumkan pada minggu ke-3 bulan Julai (Belum ada tarikh spesifik) 

 

Kepada yang risau jika ditawarkan salah satunya, jangan panik kerana jika anda memenuhi syarat kelayakan dan berjaya merebut tempat dengan mengalahkan pemohon yang lain, anda akan ditawarkan ketiga-tiganya. Jangan tak perlu susah hati. Akhir kata, kami ucapkan selamat maju jaya dan sila semak juga senarai artikel panduan dibawah sebelum anda membuat keputusan sewajarnya.

 

ARTIKEL BERKAITAN YANG WAJIB DIBACA

logo

Company

Students
Get in touch

© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.

footer background