Are you an international student?
Visit the International Students section on our website to find out the latest news and everything you need to know about studying in Malaysia.
Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Feb 23, 2022, 01:01 am
Setiap tahun, persaingan untuk mendapatkan biasiswa sangat sengit. Manakan tidak, semuanya berlumba-lumba untuk mengelak membuat sebarang pinjaman pendidikan terutamanya PTPTN yang akhirnya dibelenggu hutang walaupun telah tamat pengajian.
Jadi, tentu sahaja biasiswa adalah pilihan utama pelajar selain ada diantara biasiswa yang menawarkan ikatan perjanjian, dimana penerima biasiswa ditawarkan bekerja dengan institusi yang menawarkan biasiswa kepada mereka misalnya Sime Darby, Perbadanan Insurans Deposit Malaysia, Maybank, Gamuda dan banyak lagi selepas tamat pengajian kelak.
Untuk mengenal pasti siapakah yang terbaik dalam kalangan mereka sekali gus dianugerahkan biasiswa tersebut, calon bukan sahaja akan dinilai menerusi kelulusan akademik semata-mata tetapi dari beberapa sudut yang lain seperti kegiatan kokurikulum, penglibatan dalam aktiviti kemasyarakatan, disiplin, kemahiran berkomunikasi dan pengetahuan mereka berkenaan dengan isu-isu semasa dalam dan luar negara dan sebagainya.
Jadi kepada anda yang terpilih menghadiri temu duga kelak perlu yakinkan penemuduga untuk memilih anda dan suka diingatkan kelayakan akademik bukan lagi satu persaingan apabila dipanggil untuk hadir ke temu duga. Oleh itu, berikut kami kongsikan tip temuduga.
Kenapa ramai pemohon yang gagal dalam temuduga walaupun memiliki keputusan akademik yang cemerlang?. Berikut kami kongsikan sebagai tanda peringatan untuk mengelakkan anda melakukan kesilapan yang sama.
Lemah ketika sesi perbincangan dalam kumpulan
Sesi perbincangan kumpulan ini melibatkan sesi perbincangan dengan calon-calon yang lain. Ianya merupakan salah satu sesi yang akan menilai persoanaliti dan pengetahuan anda. Penemuduga akan menilai anda dari segi sama ada pandai atau pun sebaliknya membuat "argument" mengikut topik perbincangan, menjawab soalan yang ditanyakan dan tingkah laku anda juga ketika sesi berkenaan berjalan.
Bersikap pasif
Bersikap pasif iaitu tidak menonjolkan diri dan melontarkan pandangan atau pertanyaan. Lebih banyak mendengar dari melontarkan sebarang pandangan atau mungkin soalan kepada calon-calon lain ketika sesi perbincangan.
Tidak lancar bertutur dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu
Penggunaan bahasa yang lancar sangat penting. Jika bertutur pun anda tergagap-gagap kurang yakin dan penggunaan ayat yang tidak bersesuaian serta tidak difahami oleh calon-calon lain atau penemuduga sendiri.
Tidak mengetahui mengenai program pengajian yang bakal diikuti
Ini merupakan satu lagi masalah besar. Bagaimana anda hendak yakinkan penemu duga untuk memilih anda sedangkan info mengenai program pengajian yang anda ingin ikuti pun anda tidak tahu sepenuhnya?.
Kurang pengetahuan am
Pengetahuan am merupakan perkara yang anda perlu titik beratkan. Pengetahuan am inilah yang akan menilai dari segi pandangan dan bakal merefleksikan sikap kepimpinan anda. Kebiasaanya penemuduga akan bertanya mengenai isu semasa dan apa pandangan anda dan bagaimana anda jika menjadi seorang pemimpin untuk menyelesaikannya. Jika anda sendiri pun tidak tahu isu semasa berkenaan bagaimana hendak menyuarakan pandangan?.
Berpakaian tidak sesuai ketika menghadiri temu duga
Pemakaian anda mencerminkan luaran anda. Pandangan pertama penemuduga adalah luaran anda. Pakaian, lengok tubuh anda semuanya akan dinilai. Jika misalnya anda memakai pakaian yang menjolok mata sehingga menimbulkan pandangan kurang senang penemuduga tentu sahaja kemungkinan yang tinggi anda akan gagal.
Salah mengisi borang permohonan
Kesalahan dalam mengisi borang permohonan boleh disalah anggap oleh penemuduga misalnya salah mengisi gred keputusan peperiksaan. Penemuduga boleh terus menolak permohonan anda serta merta ketika temu duga berkenaan dan menganggap anda memalsukan maklumat. Jadi pastikan anda betul-betul menyemak semula borang yang telah siap diisi atau mohon pertolongan rakan atau keluarga terdekat untuk buat semakan kerana kadang kala kita tidak menyedari kesalahan yang dibuat.
Diharapkan perkongsian ini menjadi rujukan kepada anda sebagai persediaan menghadapi temu duga kelak. Jangan terlalu seronok sangat jika dipanggil temu duga kerana beribu calon yang ditemuduga hanya suku atau 10 peratus sahaja daripadanya yang ditawarkan biasiswa. Kepada yang ingin menyemak biasiswa terkini bagi tahun 2018 yang ditawarkan setakat hari ini. SILA KLIK PAUTAN BIASISWA BERIKUT : KESELURUHAN BIASISWA TAHUN 2018.
Untuk anda yang membuat dalam permohonan UPU 2018/2019, anda boleh mendapatkan info lengkap dan tip permohonan dengan memuat turun e-book panduan permohonan UPU yang dikongsikan secara PERCUMA. E-book ini adalah inisiatif afterschool untuk membantu anda dalam membuat permohonan. Tip yang dikongsikan dapat mengelakkan anda daripada melakukan sebarang kesilapan semasa membuat permohonan. Anda boleh MUAT TURUN SECARA PERCUMA dengan klik pada gambar muat turun dibawah :
SEMOGA BERJAYA!
Perlukan
bantuan?