Lepasan Asasi Selain PASUM, UiTM & Foundation IPTS Tidak Layak Memohon dalam UPU

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Apr 26, 2021, 03:29 am

Untuk makluman anda, mana-mana pelajar lepasan asasi universiti awam selain daripada UM dan UiTM, anda tidak layak mengemukakan permohonan untuk ke pengajian ijazah di universiti lain. Hanya asasi IPTS (foundation) sahaja yang boleh mengemukakan permohonan dibawah kategori F Diploma/Setaraf. Sila rujuk kategori permohonan dibawah.

 

 

Pihak UPU memaklumkan semua kursus pengajian asasi yang ditawarkan di universiti lain tidak boleh memohon kerana tiada kategori permohonan yang disediakan. Lagi pula semua kursus asasi di universiti selain UM dan UiTM adalah 'feeder' untuk kursus di peringkat pengajian ijazah kelak. Jadi, anda perlu memohon pengajian ijazah di universiti masing-masing sahaja atau kemungkinan terus diserap masuk secara automatik contohnya adalah Asasi Pertanian UPM. Berikut adalah soal jawab mengenai program asasi di UPM.

 

 

Jadi nasihat kami, pastikan anda memperolehi keputusan yang baik semasa di pengajian asasi atau jika tidak terpaksalah mengulang semula pra universiti dengan menggunakan kelayakan SPM sekiranya gagal memenuhi syarat kelayakan kemasukan untuk kursus yang dipohon walaupun di universiti yang sama. Berikut adalah senarai program asasi yang ditawarkan di semua universiti awam.

 

ASASI SAINS DAN PERUBATAN02 SemesterUniSZABASIC/BROAD GENERAL PROGRAMMES
ASASI SAINS02 SemesterUiTMAPPLIED SCIENCE
ASASI TESL#02 SemesterUiTMLANGUAGES = 223+224
ASASI KEJURUTERAAN02 SemesterUiTMENGINEERING AND ENGINEERING TRADES (BROAD PROGRAMMES)
ASASI UNDANG-UNDANG (KPTM)02 SemesterUiTMLAW
ASASI UNDANG-UNDANG (UiTM)02 SemesterUiTMLAW
ASASI STEM03 SemesterUMTBASIC/BROAD GENERAL PROGRAMMES
ASASI SAINS02 SemesterUMSOTHER
ASASIPINTAR02 SemesterUKMBASIC/BROAD GENERAL PROGRAMMES
ASASI SAINS HAYAT02 SemesterUMBIOLOGY AND BIOCHEMISTRY
ASASI SAINS FIZIKAL02 SemesterUMPHYSICAL SCIENCE (BROAD PROGRAMMES)
ASASI PENGAJIAN ISLAM DAN SAINS02 SemesterUMOTHER
ASASI PENGAJIAN ISLAM02 SemesterUMOTHER
ASASI PENGAJIAN ISLAM02 SemesterUMOTHER
ASASI SAINS PERTANIAN03 SemesterUPMOTHER
PROGRAM ASASI PENGURUSAN #03 SemesterUUMOTHER
ASASI SAINS HAYAT02 SemesterUNIMASOTHER
ASASI SAINS FIZIKAL02 SemesterUNIMASOTHER
ASASI SAINS HAYAT04 SemesterUIAMOTHER
ASASI SAINS FIZIKAL04 SemesterUIAMOTHER
ASASI SAINS KESIHATAN BERSEKUTU04 SemesterUIAMOTHER
ASASI KEJURURAWATAN04 SemesterUIAMOTHER
ASASI FARMASI04 SemesterUIAMOTHER
ASASI PERGIGIAN04 SemesterUIAMOTHER
ASASI PERUBATAN04 SemesterUIAMOTHER
ASASI SAINS KEMANUSIAAN04 SemesterUIAMOTHER
ASASI BAHASA INGGERIS04 SemesterUIAMOTHER
ASASI BAHASA ARAB04 SemesterUIAMOTHER
ASASI EKONOMI & SAINS PENGURUSAN04 SemesterUIAMOTHER
ASASI SENI BINA DAN REKA BENTUK ALAM SEKITAR04 SemesterUIAMOTHER
ASASI KEJURUTERAAN DAN SAINS KOMPUTER04 SemesterUIAMOTHER
ASASI UNDANG-UNDANG04 SemesterUIAMOTHER
ASASI ILMU PENGETAHUAN BERTERASKAN WAHYU DAN WARISAN ISLAM04 SemesterUIAMOTHER
ASASI PERUBATAN#02 SemesterUPNMMEDICINE
ASASI PENGURUSAN DAN STRATEGI#02 SemesterUPNMMANAGEMENT AND ADMINISTRATION
ASASI PENGURUSAN DAN STRATEGI#02 SemesterUPNMMANAGEMENT AND ADMINISTRATION
ASASI KEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI#02 SemesterUPNMENGINEERING AND ENGINEERING TRADES (BROAD PROGRAMMES)

 

Peringatan kami kepada lepasan SPM yang berniat untuk memohon pengajian asasi tetapi pada masa yang sama mahu melanjutkan pengajian ijazah di universiti lain kelak, sila mohon asasi sains di UiTM atau UM sahaja. Jika selain daripada itu, bersiap sedialah menanggung risiko persaingan sesama rakan universiti untuk merebut tempat di universiti yang sama selain perlu pastikan memenuhi syarat kelayakan untuk kursus ijazah yang dipohon. Jika tidak berjaya, terpaksa mengulang semula pra universiti sebelum layak melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah. Pilihan kursus pengajian untuk lepasan bukan tahun semasa juga sangatlah terhad

 

Anda juga perlu pastikan kursus yang ingin dipohon untuk pengajian peringkat ijazah kelak ada ditawarkan di universiti yang sama. Jika tidak, musnahlah impian anda untuk menyambung pengajian dalam kursus yang diinginkan kerana ijazah berkenaanlah penentu kerjaya masa depan anda. Jadi fikirkanlah sebaiknya. Semoga perkongsian ini membantu. Apa-apa pun semoga berjaya!

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail