Second Intake Universiti Awam Atau IPTS, Mana Lebih Baik?

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jun 14, 2021, 05:09 am

Tunggu permohonan second intake universiti awam atau terus sahaja mohon ke IPTS?. Dilema ini, biasanya dialami oleh mereka yang gagal ditawarkan ke kursus pengajian yang diinginkan atau tidak ditawarkan langsung ke mana-mana Universiti Awam dalam permohonan UPU.

 

 

Ramai pelajar tidak tahu bahawa terdapat beberapa Universiti Awam (UA) yang membuka pengambilan kedua (second intake) setiap tahun. Second intake UA ini bukanlah permohonan rayuan atau permohonan sama seperti UPU, tetapi ianya dikendalikan sendiri oleh UA yang membuka permohonan. Tahun lepas beberapa buah UA membuka tawaran second intake. Anda boleh semak dibawah berserta tarikh permohonan dibuka. 

 

 

Jadi kepada korang yang keliru membuat keputusan manakah lebih baik antara kedua-duanya, berikut kami kongsikan elemen penting yang wajib dibandingkan sebelum membuat pilihan. 

 

 

Kursus Pengajian

Tidak semua kursus pengajian ditawarkan dibawah second intake UA. Ianya bergantung kepada pihak universiti. Jika terdapat kursus yang tidak ditawarkan, biasanya kursus tersebut tidak begitu mendapat sambutan atau sudah terlalu ramai pelajar yang sedang mengikuti kursus berkenaan. Manakala IPTS, semua kursus pengajian dibuka untuk permohonan. Jadi dari segi pilihan kursus pengajian yang lebih luas, tentulah IPTS yang lebih baik berbanding second intake UA. 

 

Persaingan

Aspek ini rasanya tidak perlu diterangkan dengan lebih lanjut sebab, sudah tentu persaingan untuk merebut ke sesebuah kursus di UA lebih sengit berbanding IPTS. Pelajar yang gagal sebelum ini, sudah tentu akan cuba memohon semula dan merebut tempat terhad yang ditawarkan. Tetapi jika IPTS yang menjadi pilihan, sudah tentu korang akan berjaya dalam permohonan sekiranya memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan. 

 

Bantuan Pendidikan

Kalau korang mohon biasiswa, kebanyakkan syarat meletakkan bahawa pemohon mestilah sudah berjaya ditawarkan untuk melanjutkan pengajian. Kalau korang mohon second intake, kebanyakan biasiswa sudah pun ditutup dan tidak banyak biasiswa yang ditawarkan untuk pelajar yang sedang dalam pengajian. Tetapi jika ke IPTS, mereka sendiri menawarkan biasiswa dalaman IPTS. Jadi, korang ada peluang yang cerah untuk mendapatkan biasiswa berkenaan. Jika tidak, memang kena mohon pinjaman pendidikan lah jawabnya. Untuk semak antara IPTS yang menawarkan biasiswa, boleh KLIK DISINI.

 

Tempoh Pengajian

Dari segi tempoh pengajian, bezanya adalah siapa yang akan habis belajar dulu sama ada yang mohon ke second intake atau IPTS. Kalau korang mohon second intake, contohnya lepasan pra universiti (STPM, diploma, matrikulasi dan lain-lain) yang mohon ke UiTM, kalau berjaya ditawarkan kemasukan adalah pada bulan Februari/Mac tahun selepasnya. Berbanding jika ke IPTS, tarikh mula pengajian adalah sama dengan mereka yang berjaya ditawarkan ke UA dibawah UPU iaitu pendaftaran pada tahun yang sama September. Perbezaan tempoh pengajian adalah 1 semester. Jadi, dari segi tempoh pengajian IPTS lebih baik kalau korang nak habis belajar sama seperti pelajar di UA.  

 

Ramai yang takut untuk memohon ke IPTS disebabkan anggapan kos pengajian yang mahal, keluarga kurang mampu malah ada yang menganggap IPTS ini standardnya lebih rendah berbanding UA. Semua itu hanya persepsi korang sahaja sedangkan sudah terbukti graduan IPTS lebih mudah mendapat pekerjaan berbanding UA. Boleh baca perkongsian kami dengan KLIK DISINI. Jika masih ingin sambung dalam program pengajian yang ditawarkan oleh universiti awam boleh KLIK DISINI.

 

Sekiranya anda berminat untuk memohon ke IPTS tetapi kurang pasti IPTS manakah yang paling terbaik sesuai dengan kursus yang ingin diambil. Boleh terus berhubung dengan kaunselor kami dengan set appointment dengan KLIK DISINI. Pihak kaunselor Afterschool akan berikan nasihat secara PERCUMA sahaja. Untuk yang ingin menyemak senarai IPTS berserta progrm pengajian yang ditawarkan, yuran pengajian, tempoh pengajian dan sebagainya boleh KLIK DISINI.  Akhir kata, apa sahaja keputusan anda buatlah yang terbaik dan semoga berjaya!.  Anda juga dinasihatkan untuk baca artikel berkaitan dibawah sebagai panduan. 

 

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail