Ketahui Peluang Melanjutkan Pengajian ke Luar Negara Melalui 10 Buah Universiti Terkemuka Luar Negara yang Membuka Kampus Universiti di Malaysia!

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Feb 18, 2020, 04:14 am

Salah satu cara untuk mendapatkan kelulusan akademik luar negara iaitu ijazah sarjana (master) luar negara atau ijazah sarjana muda tanpa meninggalkan Malaysia adalah melalui kampus cawangan universiti asing yang ditubuhkan di negara ini.

    

Kampus cawangan asing yang beroperasi di Malaysia membolehkan pelajar memperoleh kelayakan universiti berprestij luar negara selain tidak memerlukan pembiayaan pengajian yang terlalu tinggi. Jadi kenapa memilih ke luar negara sedangkan anda boleh mendapatkan kelulusan akademik yang sama tetapi yuran yang lebih rendah berbanding yuran di kampus utama?. Fikirlah sebaiknya.

    

Secara keseluruhan terdapat lebih kurang 10 buah universiti asing terkemuka yang telah menubuhkan kampus di Malaysia iaitu (KLIK PAUTAN UNIVERSITI DIBAWAH UNTUK INFO LANJUT)  :

 

 

 

Tidak seperti program berkembar yang hanya menawarkan kursus terpilih, kampus universiti asing ini menawarkan pelbagai kursus untuk dipilih. Untuk mendapatkan pengalaman belajar di luar negara, pelajar juga boleh memilih untuk belajar di universiti tuan rumah selama satu atau dua semester tetapi membayar yuran pengajian kampus cawangan yang murah.

    

Selain itu, kampus cawangan universiti asing menawarkan peluang kepada graduan untuk melanjutkan pengajian mereka di peringkat pasca siswazah di kampus induk universiti di luar negara. Jadi tunggu apa lagi?. Buatlah permohonan sebelum terlewat. Layari laman web rasmi universiti berkenaan untuk ketahui kursus yang ditawarkan, syarat kelayakan dan yuran pengajian. Semoga berjaya!. 

 

 

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail