Are you an international student?
Visit the International Students section on our website to find out the latest news and everything you need to know about studying in Malaysia.
Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jun 14, 2021, 11:15 am
Melanjutkan pengajian ke IPTS bukanlah suatu perkara yang perlu dimalukan. Tiada lagi istilah budak tidak pandai, gagal dalam UPU akibat persaingan yang tinggi dan sebagainya. Itu hanya pemikiran orang kuno yang duduk di zaman paleolitik. Ramai yang memilih IPTS kerana apa?.
Yuran MAHAL, IPTS mahu kaut keuntungan sahaja?. Itu juga cakap orang yang kurang cerdik. Tahukah anda bahawa yuran di UA itu sebahagiannya dibiayai oleh kerajaan?. Jika tidak mendapat subsidi pendidikan jumlah kos pengajian untuk bidang yang ditawarkan adalah sama sahaja. Jadi tiada istilah IPTS hanya mahu mengaut keuntungan semata-mata.
Sekiranya anda lebih memikirkan kos pengajian yang murah itu tanpa memikirkan potensi kursus yang diambil selepas menamatkan pengajian. Sila teruskan pengajian anda dan tamat pengajian, anda boleh menilai sendiri berbaloi atau sebaliknya. Cuma kami ingatkan, masa itu takkan boleh diputarkan semula. INGAT, kami tidak katakan semua kursus, jika anda ditawarkan kursus yang memenuhi industri semasa di UA, itu lebih baik, tetapi jika sebaliknya. Sila fikirkan semula.
TIP MEMILIH IPTS YANG TEPAT
Tidak dinafikan, ramai pelajar yang tertipu dengan agen dan sebagainya. Untuk memastikan anda tidak tersilap langkah, berikut adalah senarai semak yang wajib anda ketahui sebelum memilih IPTS manakah yang paling tepat :
Semua saranan di atas adalah tips yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengajian Tinggi, kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Jabatan Pengajian Tinggi juga menyarankan supaya pelajar meneliti perkara-perkara berikut untuk memilih IPTS yang paling sesuai:
Diharapkan dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat mengelakkan anda daripada ditipu oleh mana-mana IPTS yang tidak bertanggungjawab. Selain itu juga, perkongsian ini juga dapat menghapuskan anggapan negatif anda terhadap IPTS. Apa yang kami hendak tegaskan adalah kursus yang diambil, pastikan berbaloi dengan pelaburan pendidikan yang dibuat. Klik untuk semak seanarai IPTS berserta program pengajian yang ditawarkan, yuran pengajian, tempoh pengajian dan lain-lain info. Semoga berjaya!.
“Jangan pakai tangkap muat sahaja, nanti yang ditangkap itu dilepaskan begitu sahaja kerana tidak berguna”
ARTIKEL BERKAITAN
Perlukan
bantuan?