Are you an international student?
Visit the International Students section on our website to find out the latest news and everything you need to know about studying in Malaysia.
Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Feb 23, 2022, 04:19 am
Ramai yang mula mengambil inisiatif untuk mencari biasiswa yang boleh menampung pengajian dan majoriti pemberi biasiswa tidak kira swasta mahu pun awam sudah mula membuka tawaran tersebut.
Walau bagaimanapun, berapa ramai dalam kalangan anda yang mengetahui apakah cara terbaik untuk mencari biasiswa ini, institusi manakah yang menyediakan tawaran biasiswa kepada pelajar, kursus apakah yang sering ditawarkan biasiswa dan sebagainya. Oleh itu, kami kongsikan kepada anda beberapa tip untuk manfaat anda semua.
Pertama, cari tawaran-tawaran biasiswa yang ada diiklankan di akhbar-akhbar atau laman web, kemudian senaraikan biasiswa yang layak anda pohon. Yang penting, kenalpasti penaja, syarat-syarat kelayakan dan tarikh tutup permohonan biasiswa.
Kedua, cari universiti-universiti atau kolej-kolej yang ada menawarkan bantuan biasiswa atau pinjaman pelajaran kepada para pelajar. Kenal pasti juga kursus-kursus pengajian yang ada ditawarkan. Jika ada yang bersesuaian, anda boleh mempertimbangkan untuk membuat permohonan kemasukan ke universiti atau kolej tersebut sekiranya gagal dalam permohonan UPU atau kursus yang ditawarkan tidak menepati minat anda. Kami nasihatkan, sila pilih ke IPTS sahaja kerana kursus pengajian itu lebih penting berbanding institusi. Apa yang penting kursus yang ditawarkan di IPTS diiktiraf oleh MQA. Berkenaan dengan yuran pengajian yang mahal, kenapa perlu risau jika anda ditawarkan bantuan biasiswa?.
Ketiga, jika ibu bapa anda bekerja dengan syarikat-syarikat besar, boleh bertanyakan kepada majikan mereka samaada menyediakan bantuan biasiswa atau pinjaman pelajaran untuk anak-anak kakitangan. Jika ada, cuba buat permohonan kerana peluang untuk mendapat bantuan tersebut adalah lebih cerah kerana ibu bapa anda adalah kakitangan syarikat itu.
Keempat, cari maklumat berkenaan bantuan biasiswa yang ditawarkan kerajaan persekutuan dan negeri. Kerajaan persekutuan biasanya menawarkan biasiswa melalui agensi-agensinya seperti JPA dan Bank Negara, manakala kerajaan negeri melalui yayasan anak negeri di negeri anda masing-masing (KLIK DISINI UNTUK SEMAK SENARAI KESELURUHAN BIASISWA/PINJAMAN SETIAP NEGERI). Selain itu, anda boleh juga memohon daripada pusat-pusat zakat negeri.
Kelima, memohon bantuan kepada kepimpinan kawasan seperti wakil rakyat, penghulu ataupun ketua kampung. Mereka mungkin ada mengenali individu-individu yang bermurah hati menawarkan bantuan kewangan kepada para pelajar atau mereka sendiri yang bermurah hati memberi bantuan kewangan kepada anda. Jadi, jika sebelum ini anda tidak begitu mengenali wakil rakyat di kawasan anda, silalah ambil tahu. Ditambah pula pilihan raya bakal diadakan kelak, ajak ibu bapa masing-masing pergi memohon sumbangan, pada masa inilah mereka akan salurkan bantuan tanpa sebarang keraguan. Faham kan maksud kami?. Hihi
Keenam, bank-bank komersial misalnya, Maybank, AgroBank, CIMB dan institusi-institusi kewangan seperti koperasi ada menawarkan bantuan biasiswa dan pinjaman pelajaran. Jika anda bernasib baik, kemungkinan pinjaman pelajaran yang ditawarkan menawarkan kadar faedah yang lebih rendah berbanding pinjaman-pinjaman pendidikan yang lain atau mungkin faedahnya lebih rendah berbanding PTPTN.
Oleh itu, tunggu apa lagi mulakan pencarian anda untuk mencari biasiswa. Manalah tahu sekiranya rezeki anda, tidak perlu lagi menanggung beban hutang pendidikan apabila tamat pengajian kelak. Selain itu, anda dinasihatkan untuk sentiasa merujuk pada bahagian biasiswa dalam laman rasmi kami bagi mendapatkan informasi biasiswa yang terkini.
Kepada yang ingin mendapatkan info lengkap dan tip permohonan dalam UPU 2019/2020, boleh muat turun e-book panduan permohonan UPU yang dikongsikan secara PERCUMA. E-book ini adalah inisiatif afterschool untuk membantu anda. Tip yang dikongsikan dapat mengelakkan anda daripada melakukan sebarang kesilapan semasa membuat permohonan. Anda boleh MUAT TURUN SECARA PERCUMA dengan klik pada gambar muat turun dibawah :
SEMOGA ANDA SEMUA BERJAYA DALAM APA JUA PERMOHONAN YANG DIKEMUKAKAN!
Perlukan
bantuan?