Biasiswa Kewangan Pengajian Asasi untuk Lepasan SPM!

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Dec 07, 2016, 11:23 am

Biasiswa kewangan bagi PROGRAM BERTARAF ASASI untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sudah mula diperkenalkan dan ditawarkan kepada pelajar mulai sesi pengambilan pelajar 2005/2006. Jadi kepada anda yang risau mengenai pembiayaan pendidikan jika diterima masuk ke pengajian asasi kelak, usah bimbang lagi. Melalui artikel ini kami kongsikan syarat kelayakan, senarai universiti yang menerima bantuan kewangan asasi, ikatan perjanjian dan cara permohonan.

 

DSC_0687  

 

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

 

Kelayakan permohonan untuk biasiswa ini adalah seperti berikut :

  • Pemohon adalah warganegara Malaysia;
  • Pembiayaan bantuan kewangan ini adalah untuk pelajar yang mengikuti program bertaraf asasi di Universiti Awam dengan pendapatan keluarga kurang daripada RM10,000;
  • Pelajar yang telah mendaftar mengikuti kursus dengan menggunakan syarat kelayakan masuk lulus SPM atau yang setaraf dengannya; dan
  • Kursus pengajian telah diperakui dan diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi.

 

SENARAI UNIVERSITI TEMPATAN YANG LAYAK MEMOHON BANTUAN KEWANGAN ASASI

  maxresdefault

 

Berikut merupakan sebelas (11) universiti tempatan yang mana pelajarnya layak untuk memohon bantuan kewangan asasi :

 

  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Teknologi Mara (UiTM)
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  • Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

 

IKATAN PERJANJIAN

 

Penerima biasiswa perlu bersetuju dengan ikatan perjanjian yang telah ditetapkan seperti berikut:

  • Seorang penjamin di perlukan untuk menandatangani perjanjian biasiswa
  • Tiada bayaran balik biasisiwa akan dikenakan kecuali pelajar gagal menamatkan pengajian yang diikuti

 

PERMOHONAN

 

Tawaran biasiswa akan dibuat secara automatik kepada pelajar baharu yang mendapat tawaran menyambung pengajian di peringkat asasi di universiti tempatan terpilih. Tawaran berkenaan akan dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

 

Semakan tawaran biasiswa boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi laman sesawang KPT dalam tempoh tawaran kemasukan ke program asasi berkenaan. Pemohon hendaklah menyemak dan mencetak sendiri dokumen tawaran dan menghantar permohonan melalui universiti masing-masing. Berikut adalah dokumen yang perlu dimuat turun dan dicetak :

 

  • Surat tawaran
  • Borang perjanjian (3 salinan, borang kosong boleh difotokopi)
  • Borang penyata kewangan penjamin
  • Panduan mengisi borang perjanjian
  • Dokumen perjanjian yang telah lengkap hendaklah diserahkan semasa hari pendaftaran
  • Tuntutan bayaran pelajar asasi sedia ada akan dibuat melalui pihak pentadbir UA masing-masing pada setiap semester

 

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai panduan permohonan, boleh klik di sini. sebarang pertanyaan boleh menghubungi Unit Skim Latihan Akademik IPTA, Bahagian Biasiswa, KPT di talian 03 – 8870 6000.

  

ELAUN SARA HIDUP/YURAN PENGAJIAN

 

Bantuan kewangan yang diberikan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar setiap awal semester iaitu RM1950. Kemudian berkaitan dengan pembayaran yuran, ianya bergantung kepada universiti sama ada yuran akan dipotong terus sebaik sahaja dikreditkan masuk ke akaun atau pelajar perlu membayar sendiri kepada universiti masing-masing. Jumlah yuran dan penginapan bergantung kepada universiti.

 

40703158 - 28_11_2016 - MALAYSIA-FX_CONTROLS

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail