Antara Kursus Pengajian & Universiti, Mana Satu Lebih Penting?

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jun 14, 2021, 09:33 am

Keputusan UPU telah diumumkan. Anda yang berjaya dalam permohonan, tentulah melompat kegembiraan. Rasa bangga dan tidak sabar menanti hari pendaftaran. Manakala anda yang tidak berjaya, termenung seketika mungkin sudah berputus asa.

 

Tidak mengapa, rezeki masing-masing. Apa yang kami hendak kongsikan menerusi artikel ini bukanlah mahu mematahkan semangat anda yang telah berjaya mendapat tempat di UA tetapi, adakah anda yakin bidang pengajian yang ditawarkan itu menjanjikan peluang pekerjaan di luar sana selepas tamat pengajian?.

 

 

Kami kongsikan hakikat sebenar dunia pekerjaan sekarang. Bidang apakah yang majoriti graduannya bekerja dalam bidang yang sama ketika mereka belajar dan bidang manakah yang majoriti graduannya menyimpang jauh daripada bidang tersebut. Berdasarkan kajian oleh laman carian pekerjaan nombor 1 di Malaysia Jobstreet.com, kami kongsikan 10 bidang pengajian yang majoriti graduannya bekerja dalam bidang yang sama dan 10 lagi bidang pengajian yang sebaliknya mengikut turutan. Paling atas adalah paling baik/buruk.

 

BIDANG PENGAJIAN YANG MAJORITI GRADUAN BEKERJA DALAM BIDANG YANG SAMA

 

  • Ukur Bahan
  • Kejururawatan
  • Kejuruteraan (Mekanikal)
  • Kejuruteraan (Sivil)
  • Kejuruteraan (Metal Fabrication/Tools/Supplies/Equipment)
  • Kejuruteraan (lain-lain)
  • Seni Bina
  • Farmasi/Farmakologi
  • Kejuruteraan (Elektrik/Elektronik)
  • Kewangan/Perakaunan/Perbankan

 

BIDANG PENGAJIAN YANG MAJORITI GRADUAN TIDAK BEKERJA DALAM BIDANG YANG SAMA

 

  • Sains Politik
  • Kemanusiaan/ Liberal Arts
  • Sains & Teknologi
  • Protective Service & Management
  • Sejarah
  • Fizik
  • Geographical Science
  • Sains Sosial/Sosiologi
  • Muzik/Pengajian Seni Persembahan
  • Tekstil/Rekaan Fesyen
  • Biologi

 

Jika anda berada di bawah kategori yang pertama atau kursus yang tidak ada dalam senarai, selamatlah kerana memang industri sekarang memerlukan graduan dalam bidang berkenaan atau setidak pun masih ada peluang pekerjaan yang ditawarkan. Jika dibawah kategori yang kedua, apa yang anda akan lakukan?. Jika kami berada di tempat anda, berikut adalah antara langkah yang akan dipertimbangkan :

 

  1. Tamat pengajian berniat untuk sambung ke peringkat seterusnya dan masuk ke bidang akademik
  2. Cuba memohon pertukaran kursus selepas mendaftar nanti
  3. Berfikir untuk tolak tawaran dan memilih kursus yang memenuhi permintaan industri di Institusi Swasta
  4. Berfikir untuk tolak tawaran dan mohon pengambilan kedua pada bulan Oktober/November ini
  5. Memilih untuk mengikuti kursus kemahiran berasaskan permintaan industri (Belajar percuma, gaji lumayan)
  6. Teruskan pengajian, tamat ijazah nanti mohon SL1M atau ikuti latihan kemahiran dibawah INSEP

  

Memang rezeki itu ditangan yang kuasa, tetapi bukanlah ianya merugikan jika belajar sahaja tanpa mengamalkannya?. Belajar tanpa amal ibarat pohon merimbun yang tidak berbuah. Adakah anda ingin mensia-siakan apa yang dipelajari?. Suka kami ingatkan kepada anda, dimana sahaja anda belajar tidak penting tetapi bidang pengajian dan bagaimana anda mengaplikasikan apa yang dipelajari itu lebih penting.  Asalkan sijil tersebut diiktiraf MQA, itu sudah memadai.

 

Anda sendiri pernah dengar, ramai yang memandang rendah graduan lulusan universiti. Jika dahulu pandangan serong itu dilemparkan kepada graduan kemahiran, kini tidak lagi. Kerana apa?. Pengangguran dalam kalangan mereka sangatlah rendah dan gaji yang diperolehi juga cukup lumayan.

 

 

Beribu graduan di luar sana yang masih menganggur atau bekerja di luar bidang pengajian mereka, inginkan masa itu diputarkan semula dan memilih laluan kemahiran atau bidang  yang memenuhi permintaan industri semasa. Tetapi anda, masih berpeluang lagi untuk mengubahnya. Fikir-fikirkanlah, keputusan hari ini akan tentukan kedudukan anda di masa hadapan. Semoga berjaya kami ucapkan!.

 

ARTIKEL BERKAITAN

 SEMOGA BERJAYA!

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail