10 Biasiswa untuk Pelajar Malaysia Belajar di korea

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Feb 23, 2022, 12:27 pm

Annyeonghaseyo, ramai tak yang berminat sambung belajar ke Korea?. Terpengaruh dengan drama korea la tu. Sebenarnya, terdapat banyak biasiswa ditawarkan untuk international students yang berminat melanjutkan pengajian di sana. Jadi menerusi artikel ini, kami akan kongsikan biasiswa yang ditawarkan oleh setiap universiti secara umum selain penerangan ringkas mengenai jumlah biasiswa, tarikh permohonan, dan program yang ditawarkan. Kami juga akan kongsikan pautan terus ke laman biasiswa universiti berkenaan untuk memudahkan anda menyemak butiran penuh biasiswa, prosedur permohonan, kursus yang ditawarkan dan sebagainya. 

 

Korean Government Scholarships

Majoriti kerajaan negara di dunia ini menawarkan biasiswa kepada pelajar antarabangsa termasuklah kerajaan Korea. Biasiswa ini adalah biasiswa penuh meliputi yuran pengajian dan perbelanjaan sara hidup sepanjang pengajian anda di sana. Tujuan ditawarkan adalah untuk menarik lebih ramai pelajar antarabangsa, belajar di Korea dan menyumbang kepada masyarakat Korea.

 

 

Pelajar yang menerima Biasiswa Kerajaan Korea ini, boleh memohon melanjutkan pengajian di mana-mana universiti yang bersekutu dengan program ini termasuk universiti terbaik di Korea.

 

Jumlah biasiswa

Yuran pengajian penuh, elaun sara hidup, tiket kapal terbang, kelas bahasa percuma, insuran kesihatan, elaun lain berkaitan

Tarikh permohonan

Undergraduate (October-November)

Graduates (Master, PhD) (March - April)

Cara permohonan

Anda boleh mohon terus ke laman website universiti atau melalui kedutaan Korea di Malaysia. Pendapat kami, jika permohonan melalui kedutaan peluang untuk berjaya lebih tinggi berbanding universiti kerana, permohonan anda disokong juga oleh kedutaan. Untuk terus ke website permohonan, klik Korean Government Scholarship.

 

Seoul National University

Seoul National University merupakan salah satu daripada universiti Ivy Leagues yang dikenali sebagai 'SKY' universities di Korea. Universiti lain yang termasuk dalam SKY Universiti adalah Yonsei University dan Korea University.  Ketiga-tiga universiti ini menjadi rebutan dalam kalangan pelajar Korea sendiri kerana ianya adalah universiti terbaik di Korea. 

 

 

Jumlah biasiswa

Biasiswa penuh untuk undergraduate, Master dan PhD

Tarikh permohonan

Undergraduate (Januari- Februari)

Master, PhD ( Februari-Mac)

Cara memohon

Sekiranya anda berminat untuk memohon, anda perlu klik Seoul National Universiti scholarship untuk prosuder penuh permohonan, syarat kelayakan, kursus pengajian dan sebagainya.

 

Yonsei University (Undergraduate)

Seperti mana yang kami kongsikan, Yonsei University merupakan salah satu universiti swasta yang tersenarai dalam Ivy Leagues di Korea. Uniknya di universiti ini, mereka mempunyai kolej khas untuk pelajar antarabangsa dikenali sebagai Underwood International College. Profesor dan pelajar di kolej ni semuanya datang dari pelbagai negara seluruh dunia. Memandangkan ianya adalah international college, semua kelas diajar dalam bahasa inggeris. Universiti ini tawarkan biasiswa penuh kepada pelajar antarabangsa untuk melanjutkan pengajian di sana. 

 

 

Jumlah biasiswa

Biasiswa penuh untuk undergraduate sahaja. Mereka tak tawarkan untuk Master dan PhD

Tarikh permohonan

3 kali permohonan, Jun-Ogos, Oktober-November, Januari-Mac

Cara memohon

Untuk mengetahui lebih lanjut prosuder permohonan, anda boleh klik Yonsei University Scholarship.

 

Korea University

Korea universiti merupakan universiti awam berprestij di Korea Selatan yang menawarkan biasiswa penuh kepada international students. Universiti ni lebih dikenali sebagai non STEM majors universiti. Apa tu non-STEM majors?. Non-STEM merujuk kepada kursus pengajian yang ditawarkan lebih tertumpu kepada bidang kemanusiaan, perniagaan dan sains politik. Kalau di Korea kursus pengajian macam ni, kurang mendapat sambutan sebab negara mereka memang pesat membangun dengan pelbagai industri teknikal macam kejuruteraan, sains dan teknologi. Jadi majoriti pelajar lebih memilih kursus dalam bidang berkenaan. Walau bagaimanapun, kursus STEM (kejuruteraan, sains dan teknologi) yang ditawarkan juga adalah antara paling terbaik di Korea. 

 

 

Jumlah biasiswa

Biasiswa yuran pengajian untuk undergraduate students dan biasiswa penuh untuk master dan PhD students. 

Tarikh permohonan

Undergraduate (Ogos-Oktober, Februari-April)

Graduate ( Ogos-September, Februari-Mac)

Cara memohon

Universiti terbaik di Korea ini menawarkan banyak biasiswa untuk pelajar antarabangsa. Info lanjut dan prosuder permohonan boleh terus ke klik Korea Universiti Scholarship

 

KAIST 

KAIST merupakan universiti penyelidikan awam pertama yang ditubuhkan di negara itu. Universiti ini ditubuhkan hampir 50 tahun dan merupakan universiti ranking pertama di Korea dan salah satu universiti terbaik dalam bidang sains dan teknologi. Peruntukan yang banyak daripada kerajaan Korea dan syarikat antarabangsa seperti Samsung dan Hyundai membantu meningkatkan tahap pencapaian penyelidikan universiti itu.

 

 

Disebabkan oleh banyaknya sumbangan, semua pelajar yang berjaya ditawarkan ke universiti ini diberikan biasiswa penuh pengajian untuk semua peringkat pengajian termasuk pelajar antarabangsa. Selain itu, pembelajaran turut diajar dalam bahasa inggeris bertujuan memantapkan lagi graduan kelahiran KAIST untuk pergi lebih jauh ke peringkat antarabangsa selepas menamatkan pengajian.

Jumlah biasiswa

Biasiswa penuh untuk undergraduate, Master's dan PhD

Tarikh permohonan

Undergraduate (September-Oktober, November-Januari)

Graduate ( Ogos-September, Mac-April)

Cara memohon

Untuk mengemukakan permohonan, boleh terus klik KAIST Scholarship.

 

Hanyang University

Hanyang Universiti terletak di Seoul, ibu negara Korea. Hanyang merupakan nama lama bagi Seoul yang digunakan beratus tahun yang lalu. Universiti swasta di Korea ini menawarkan beratus kursus untuk pelajar yang berminat melanjutkan pengajian di sana. Universiti cemerlang ini melahirkan ramai alumni yang berjaya termasuk chairman Hyundai Motors dan Hyundai CEO. 

 

 

Hanyang university menawarkan biasiswa penuh kepada pelajarnya. Lebih 97.5 juta diperuntukkan setiap tahun untuk pemberian biasiswa kepada pelajar yang berkelayakan. 

 

Jumlah biasiswa

70% yuran pengajian kepada undergraduate, yuran pengajian penuh untuk Master dan PhD. 

Tarikh permohonan

11 September- 22 September, 9 April - 20 April 

Cara memohon

Kepada yang berminat untuk memohon, anda boleh terus klik Hanyang University Scholarship

 

Kyung Hee University

Kyung Hee University merupakan universiti swasta terbaik yang menawarkan banyak biasiswa kepada pelajar antarabangsa. Universiti ini melahirkan ramai alumni termasuklah presiden Korea, Moon Jae-in. Universiti ini juga terkenal dengan fakulti perubatannya, yang mana mengabungkan kaedah perubatan asia dan barat.

 

 

Jumlah biasiswa

Yuran pengajian penuh untuk undergraduate dan graduate students

Tarikh permohonan

Undergraduate (4 September - 15 September)

Graduates (September-Disember, Mac- Jun)

Cara memohon

Untuk info lanjut dan permohonan, sila klik Kyung Hee University Scholarship

 

Hankuk University of Foreign Studies

Hangkuk University dikenali sebagai universiti terbaik di Korea dalam bidang kajian asing seperti bahasa, hubungan antarabangsa dan undang-undang antarabangsa. Walaupun ia terkenal dengan program pengajian asing, HUFS juga turut menawarkan kursus dalam bidang kejuruteraan, sains dan perniagaan.

 

Jumlah biasiswa

Biasiswa pengajian penuh akan ditawarkan kepada yang berjaya

Tarikh permohonan

16 Ogos - September, 10 Oktober - 28 November

Cara permohonan

Untuk panduan permohonan, sila klik HUFS Scholarship untuk info lanjut permohonan dan kursus yang ditawarkan di universiti berkenaan.

 

Inha University

Inha University diasaskan oleh presiden pertama Korea dikenali sebagai Inha University of Technology. Walaubagaimanapun, universiti swasta ini telah ditukar nama kepada Inha University selepas beberapa tahun. Inha University terkenal kehebatannya dalam bidang pengajian kejuruteraan dan merupakan universiti ranking keemapat dalam bidang kejuruteraan di negara itu. 

 

 

Jumlah biasiswa

Biasiswa penuh untuk undergraduate dan graduate students

Tarikh permohonan

Undergraduate (April - Jun, October-January)

Graduate ( April- May, October)

Cara permohonan

Inha University tidak mengenakan sebarang caj kepada pelajar antarbangsa yang memohon biasiswa berkenaan. Untuk ketahui lebih lanjut prosuder permohonan, kursus pengajian dan sebagainya, klik Inha University Scholarship. 

 

PosTech University 

Pohang University of Science & Technology (PosTech) terletak di Pohang, Korea dan berkerjasama dengan POSCO, salah satu syarikat terkemuka dalam industri pembuatan keluli dan terkenal dalam bidang kejuruteraan. Ramai pelajar yang belajar di Postech menerima biasiswa pengajian penuh dibiayai sepenuhnya kerana ia banyak disubsidi oleh kerajaan.

 

 

Jumlah biasiswa

Pelajar undergraduate dan graduate akan menerima biasiswa yang dibiayai sepenuhnya meliputi yuran pengajian dan perbelanjaan hidup.

Cara permohonan

Sila klik Biasiswa POSTECH untuk prosedur permohonan, kursus pengajian dan sebagainya. Sekiranya berminat boleh memohon. 

 

Diharapkan dengan perkongsian ini dapat membantu memudahkan anda membuat survey seterusnya melanjutkan pengajian ke Korea. Untuk senarai biasiswa terkini yang ditawarkan bagi semua peringkat pengajian, anda boleh klik BIASISWA AFTERSCHOOL. Untuk hebahan terkini, perkongsian pendidikan yang menarik, anda boleh klik bahagian BERITA AFTERSCHOOL. Semoga berjaya!. 

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail