Semak Syarat Kelayakan Am & Khas Kursus Pengajian di Semua Universiti Awam dibawah UPU

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jul 05, 2022, 08:40 am

Dalam permohonan UPU, sukar untuk anda menyemak senarai program pengajian yang ditawarkan di semua universiti berserta syarat kelayakan. Menerusi artikel ini kami kongsikan senarai keseluruhan program pengajian yang ditawarkan berserta syarat kelayakan. Sebelum itu, berikut dikongsikan jumlah pilihan program pengajian yang perlu disi dalam permohonan UPU mengikut kategori. Anda juga WAJIB membeli NO PIN UPU di BSN mengikut kategori masing-masing. 

 

LEPASAN SPM/SETARAF

  • Pemohon WAJIB (*) mengisi 6 (Enam) Pilihan Program mengikut keutamaan. 
  • Senarai pilihan program terdiri daripada Universiti Awam, Matrikulasi, Intituti Pendidikan Guru (IPG) dan Intitut Latihan Kemahiran Mara (ILKA)

 

LEPASAN STPM/SETARAF

  • Terdapat 12 pilihan program pengajian. Pemohon WAJIB (*) mengisi 6 (Enam) Pilihan Program mengikut keutamaan 

 

LEPASAN DIPLOMA/SETARAF

  • Terdapat 8 pilihan program pengajian. Pemohon WAJIB (*) mengisi 6 (Enam) Pilihan Program mengikut keutamaan

 

 

Untuk makluman juga, bagi lepasan SPM/setaraf, jika anda gagal ditawarkan ke kursus pilihan, anda akan ditawarkan ke kursus bukan pilihan yang lain. Itu pun jika anda bersetuju jika ditawarkan ke kursus bukan pilihan. Jika tidak bersetuju, gagallah terus dalam permohonan pertama dan perlu membuat permohonan rayuan.

 

Bagi lepasan STPM/Setaraf, ,mana-mana pemohon yang gagal dalam 12 kursus pilihan, akan terus gagal dalam permohonan pertama dan perlu membuat rayuan di fasa pertama. jika masih gagal, diberi peluang membuat rayuan di fasa 2. Untuk info lanjut klik rayuan fasa 1 dan 2 untuk baca artikel yang kami kongsikan. Jadi bagi lepasan STPM/setaraf pemilihan kursus sangat penting!. Jadi jangan sesekali memilih kursus yang anda TIDAK LAYAK!.

 

 

 

Untuk memudahkan anda, kami kongsikan syarat am & syarat khas kursus mengikut semua Universiti Awam. Boleh KLIK satu persatu berdasarkan mengikut siri dan universiti di bawah :

 

MAKLUMAN  PENTING :

Kepada pemohon UPU 2022/2023, anda dinasihatkan klik Panduan Permohonan UPUonline mengikut kategori supaya tidak membuat sebarang kesilapan semasa mengisi permohonan. Jika sudah bersedia boleh terus klik mohon UPUonline sekarang :

LEPASAN SPM SETARAF

LEPASAN STPM SETARAF

MOHON UPU SEKARANG

 

SEMOGA BERJAYA!. 

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail