Are you an international student?
Visit the International Students section on our website to find out the latest news and everything you need to know about studying in Malaysia.
Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Sep 24, 2021, 08:22 am
Syarat Intake syarat kelayakan masuk ke program pengajian dan tempoh pengajian. Sekiranya anda gagal ditawarkan dalam permohonan UPU online ambilan pertama termasuk permohonan rayuan UPU online, anda boleh menunggu permohonan second intake universiti awam dibuka sekitar bulan Oktober-November (Bulan mungkin berubah mengikut suasana pendemik semasa).
Tanpa membuang masa kami kongsikan senarai universiti awam yang biasanya membuka permohonan second intake setiap tahun. Klik senarai dibawah untuk terus ke laman semakan senarai program pengajian, syarat kelayakan masuk seterusnya maklumat mengenai tempoh pengajian yang bakal dilalui kelak.
Untuk besarkan imej poster, sila klik poster dan dan zoom. Untuk makluman anda semua, permohonan pengambilan kedua ini BUKAN permohonan rayuan UPU tetapi adalah pengambilan kemasukan kedua ke IPTA yang dibuka untuk ambilan bulan November/Disember (lepasan SPM) dan kemasukan Februari/Mac bagi lepasan STPM/Setaraf setiap tahun. Berikut kami kongsikan senarai keseluruhan universiti awam membuka permohonan. Klik setiap link dan semak tarikh buka/tutup permohonan dari masa ke semasa mengikut universiti yang ingin dipohon.
Kepada anda yang berminat, permohonan perlu dibuat di portal rasmi pengambilan pelajar setiap universiti yang ingin dipohon BUKAN melalui UPU online. Tarikh permohonan untuk setiap universiti juga berbeza dan setiap tahun tidak semua universiti yang sama akan membuka permohonan, ianya bergantung pada keputusan universiti dan kekosongan bagi program pengajian yang dibuka. Kami juga mengalakkan anda untuk baca artikel perkongsikan berkaitan perbandingan antara second intake atau IPTS mana lebih baik?. Bandingkan kedua-duanya untuk pilih laluan yang terbaik.
Jadi sentiasa semak di laman rasmi mereka atau terus setia dengan afterschool.my untuk sentiasa mendapatkan info terkini tarikh permohonan. Kami juga akan sentiasa mengemaskini artikel ini dan akan menyenaraikan link untuk permohonan bagi universiti lain apabila permohonan dibuka kelak.
Diharapkan perkongsian ini membantu anda!.
ARTIKEL PENTING LAIN
Perlukan
bantuan?