Kursus Ijazah (Degree) yang Layak Dipohon oleh Lepasan Asasi

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Apr 26, 2021, 03:23 pm

Pernahkah anda terfikir risiko yang bakal dihadapi selepas tamat pengajian, tidak kiralah sama ada anda berjaya ditawarkan ke pengajian peringkat sijil, diploma atau pun asasi kelak. Tahukah anda bahawa semua laluan pra-universiti mempunyai kelemahan, disamping kelebihannya yang tersendiri. Jadi fokus artikel ini adalah berkaitan dengan risiko laluan bagi pengajian asasi. 

 

Untuk pengetahuan anda, laluan asasi adalah laluan paling berrisiko berbanding laluan pra universiti yang lain terutamanya bagi anda yang tidak tahu halatuju selepas tamat pengajian nanti. Ramai yang telah menyesal kerana tidak layak memohon ke kursus pengajian ijazah yang diinginkan sebaik sahaja menamatkan pengajian asasi, sama ada di universiti yang sama atau UA lain.

 

Kenapa mereka tidak layak?. Untuk makluman anda, semua Universiti Awam (UA) hanya menerima lepasan asasi sains daripada Universiti Malaya (UM), Asasi UiTM dan lepasan asasi universiti mereka sendiri sahaja untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah (degree) di universiti mereka. Manakala lepasan asasi universiti lain HANYA LAYAK sambung pengajian ijazah di universiti yang sama dan dalam KURSUS TERTENTU SAHAJA mengikut aliran pengajian asasi masing-masing. 

 

 

Jadi sebelum anda menerima tawaran ke pengajian asasi, adakah anda sudah tahu ijazah (degree) apakah yang LAYAK DIPOHON KELAK?. Kami yakin ramai yang tidak tahu dan ini secara automatik akan menimbulkan masalah selepas tamat pengajian nanti. Bagi memastikan anda tidak membuat keputusan yang salah, berikut kami kongsikan semua kursus ijazah yang layak dipohon oleh lepasan asasi di semua UA. 

 

UNIVERSITI MALAYA (UM)

 

 

Klik senarai kursus dibawah untuk baca penerangan mereka mengenai kursus ijazah yang boleh dipohon kelak.

 

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)

 

Lepasan Asasi Pintar UKM layak meneruskan pengajian di fakulti-fakulti dibawah UKM. Walaubagaimanapun tertakluk kepada syarat-syarat kemasukan. Oleh itu, untuk menyemak kursus pengajian ijazah yang ditawarkan di UKM berserta syarat kelayakan KLIK DISINI. Kemudian pilih setiap fakulti dan pilih program prasiswazah untuk semak kursus pengajian dan syarat kelayakan yang ditetapkan. 

 

 

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)

 

Lepasan Program Asasi Sains Pertanian (Arus Perdana) turut layak melanjutkan pengajian di peringkat ijazah dengan mengikuti salah satu daripada program di peringkat ijazah yang ditawarkan oleh UPM :

 

Info lanjut mengenai pengajian Asasi Pertanian UPM, SILA KLIK DISINI.

 

UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM)

 

Klik senarai program pengajian asasi dibawah untuk semak kursus ijazah yang layak dipohon kelak. 

 

 

 

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)

 

KLIK DISINI untuk semak penuh senarai kursus ijazah yang boleh dipohon mengikut fakulti di UMS.

 

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

 

 

Klik senarai dibawah untuk semak laluan kursus ijazah selepas tamat Tahmidi di USIM :

 

Tamhidi Perakaunan dan Muamalat

Tamhidi Pergigian

Tamhidi Perubatan

Tamhidi Sains dan Teknologi

Tamhidi Syariah dan Undang-Undang

 

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)

 

 

Klik senarai berikut untuk membuat semakan mengikut aliran asasi masing-masing :

 

LAW FOUNDATION

TESL FOUNDATION

ENGINEERING FOUNDATION

SCIENCE FOUNDATION

 

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)

 

demo/upfiles/mm26_poster_waspp_1.jpg

 

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

 

 

Untuk semak senarai keseluruhan kursus pengajian ijazah di UUM yang boleh dipohon kelak, KLIK DISINI. 

 

UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA)

 

Image may contain: 1 person, smiling

 

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)

 

Image may contain: text

 

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS)

 

Foundation for Physical Science 

Bachelor's Degree in Civil Engineering, Chemistry Engineering, Mechanical and Manufacturing Engineering, Electronics Engineering (Telecommunications), Electronics Engineering (Computer), Electrical and Electronics Engineering, Computational Science, Multimedia Computing, Information Systems, Software Engineering, Network Computing, Human Resource Development, Cognitive Science and Resource Chemistry.

 

Foundation for Life Science 

Bachelor's Degree in Medicine, Nursing, Aquatic Science, Molecular Biology, Plant Technology and Zoology.

 

MAKLUMAN  PENTING :

Kepada pemohon UPU 2020/2021, anda dinasihatkan klik artikel Panduan Permohonan UPU 2020/2021mengikut kategori supaya tidak membuat sebarang kesilapan semasa mengisi permohonan. Jika sudah bersedia boleh terus klik mohon UPU sekarang :

LEPASAN SPM SETARAF

LEPASAN STPM SETARAF

MOHON UPU SEKARANG

 

Diharapkan anda sudah mempunyai pilihan kursus ijazah yang ingin diambil selepas tamat pengajian asasi kelak. Ingat pemilihan anda sekarang merupakan penentu segalanya. Jika tiada kursus ijazah yang ingin diambil kelak di universiti tersebut, sila pertimbangkan semula keputusan anda sebelum menerima tawaran ke asasi melainkan jika anda berjaya ditawarkan ke pengajian ASASI SAINS UM dan ASASI UiTM. Semoga perkongsian kami membantu anda membuat keputusan yang terbaik demi masa depan anda. SEMOGA BERJAYA!.

 

ARTIKEL BERKAITAN YANG WAJIB DIBACA

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail