Permohonan Second Intake UiTM Dibuka Sekarang

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Sep 14, 2018, 11:18 am

Sistem permohonan kemasukan sesi kedua (second intake) untuk UiTM telah dibuka pada 2 Ogos 2021- 4 Oktober 2021 (peringkat pengajian Asasi & Diploma) dan untuk permohonan peringkat ijazah sarjana muda (Degree) dibuka pada 1 November 2021- 1 Disember 2021

 

Sila rajinkan diri  semak kalendar pengambilan pelajar UiTM dibawah, tak perlulah admin nak ulang jawapan pada persoalan yang sama banyak kali. Bila tarikh buka ye, bila keputusan keluar ye. Macam-macam la korang ni. Malas betul nak membacanya.  

 

 

Kalau korang yang mungkin telah berjaya ditawarkan masuk ke mana-mana universiti awam melalui ambilan UPU, tetapi rasa nak berhenti dan cuba memohon juga dipersilakan cuma pastikan korang bukan sedang belajar di UiTM sekarang. Sebabnya, nama korang sudah ada dalam rekod pelajar. Sudah tentu secara logiknya akan gagal. Tak perlu nak berangan. Kalau tak suka kursus sekarang boleh cuba buat permohonan pertukaran bukannya buat permohonan baru. 

 

Kepada yang masih tertanya mengenai nombor pin permohonan pula, nombor PIN baru perlu dibeli di BSN. Korang tak payah berangan nak gunakan nombor PIN UPU sebab permohonan UPU menggunakan sistem yang berbeza. Dah nama pun second intake UiTM bukan second intake UPU. Kalau nanti nak mohon second intake universiti lain yang bakal dibuka pun, nombor PIN juga berbeza. Contoh UPSI, nombor PIN lain ye. Perlu beli baru. Cubalah rasional sikit, sistem permohonan berbeza nombor pin pun tentulah berbeza. Korang ni la yihhh!. 

 

Mengenai kursus pengajian yang ditawarkan pula, korang boleh semak kursus pengajian dan syarat kelayakan dengan klik Kursus pengajian dan syarat kelayakan (masukkan maklumat yang diminta untuk semak kursus yang layak dipohon). Katakanlah, bila korang semak, tak ada pun kursus yang korang nak atau tak ada pula kursus tersebut nyatakan syarat kelayakan untuk lepasan matrikulasi contohnya. Itu bermaksud, kursus tersebut tidak ditawarkan dalam permohonan kali ini, selain program itu tidak dibuka untuk lepasan matrikulasi. Faham?. Bagi yang berminat hendak mengemukakan permohonan ke UiTM, boleh klik PERMOHONAN SECOND INTAKE UITM

 

Akhir kata, kalau terlepas permohonan intake februari/Mac ni korang ada kesempatan lagi untuk mohon melalui UPU bagi kemasukan September. Tetapi potensi untuk berjaya jika memohon melalui UPU ni kurang sikitlah sebab keutamaan diberikan kepada pelajar tahun semasa. Kalau permohonan second intake ni, tak ramai yang memohon. Jadi peluang korang untuk berjaya sangat tinggi. Yang penting pastikan memenuhi syarat kelayakan. Klik untuk semak senarai keseluruhan universiti awam yang membuka permohonan second intake.

Semoga berjaya!. 

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail