Permohonan Second Intake Universiti Islam Antarabangsa (UIAM/IIUM) dibuka sekarang

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Oct 17, 2018, 01:03 am

PERHATIAN : Permohonan second intake UIAM akan dibuka pada bulan Oktober. Tarikh dan link permohonan akan dikemaskini kemudian. Semua lepasan permohonan layak memohon. 

 

Kepada yang ingin melanjutkan  pengajian ke UIAM bagi sesi Februari pengajian peringkat ijazah sarjana muda, permohonan sudah pun dibuka bermula 1 Oktober sehingga 1 November setiap tahun. Berikut adalah hebahan rasmi oleh UIAM.

 

 

Yuran pemprosesan permohonan

Sebelum membuat permohonan, anda perlu membayar yuran proses permohonan berjumlah RM100.00 ke akaun Bank Muamalat Malaysia Berhad, Cawangan IIUM. Bayaran perlu dibuat atas nama Pengarah Kewangan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. , Akaun Operasi no : 1407-0000004-716, atau bayaran secara dalam talian menerusi link http://epayment.iium.edu.my/eregister/. Permohonan ke UIAM, tidak memerlukan anda untuk membeli nombor pin BSN. Hanya bayar yuran proses terus ke akaun yang dinyatakan. 

 

Yuran pengajian & kursus pengajian

Untuk menyemak yuran pengajian anda sekiranya berjaya ditawarkan kelak, boleh KLIK DISINI. Bagi menyemak senarai kursus pengajian yang ditawarkan, sila KLIK DISINI. 

 

Untuk memohon boleh layari laman rasmi dengan klik eadmission IIUM. Selain itu, jika anda ingin memohon ke universiti awam lain yang turut membuka pengambilan kedua (second intake Februari/Mac), anda boleh rujuk link dibawah :

 

 

Semoga berjaya!. 

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail