Cara untuk Mengemukakan Rayuan Tukar Program/Kolej/Jurusan/Matrikulasi

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jul 08, 2021, 09:01 am

Untuk makluman anda yang berjaya ditawarkan ke program matrikulasi, penempatan kolej matrikulasi adalah muktamad tetapi anda boleh mengemukakan rayuan untuk tukar kolej sekiranya anda mempunyai alasan yang munasabah, permohonan tukar kolej matrikulasi akan dipertimbangkan. Selain tukar kolej anda juga boleh memohon untuk tukar jurusan atau program matrkulasi. 

 

Berikut adalah syarat sekiranya anda berhasrat untuk tukar kolej matrikulasi

  • 1. Pelajar memerlukan rawatan perubatan berkala disebabkan sakit kronik yang berpanjangan; 
  • 2. Adik beradik ditempatkan di kolej matrikulasi yang berlainan; atau 
  • 3. Pertukaran dari Semenanjung ke Sabah/ Sarawak atau sebaliknya.

 

Bagi yang ingin tukar program atau jurusan, permohonan pertukaran jurusan adalah seperti berikut: 

  • Jurusan Sains ke Jurusan Perakaunan – permohonan dibuat kepada Pengarah kolej masing-masing. 
  • Selain daripada Jurusan Sains ke Perakaunan – permohonan dibuat terus ke Pengarah Bahagian Matrikulasi KPM. 
  • Permohonan rayuan pertukaran jurusan secara online boleh dibuat melalui pautan https://matrikulasi.moe.gov.my/system/tawaran/index_tukarpro.cfm pada 8 hingga 12 Julai 2021. 

 

Sekiranya anda membuat permohonan rayuan, anda dinasihatkan agar membuat pendaftaran secara dalam talian selepas keputusan rayuan diterima. Keputusan rayuan pertukaran kolej akan diumumkan pada 19 Julai 2021. Semakan boleh dibuat di https://matrikulasi.moe.gov.my/system/tawaran/index_semaktukar.cfm. Walau bagaimanapun kelulusan pertukaran adalah bergantung kepada kekosongan.

 

Semua permohonan rayuan pertukaran kolej matrikulasi boleh dibuat melalui pautan https://matrikulasi.moe.gov.my/system/tawaran/index_tukarpro.cfm pada 8 hingga 12 Julai 2021. Sekiranya anda membuat permohonan rayuan, anda dinasihatkan agar membuat pendaftaran secara dalam talian selepas keputusan rayuan diterima. 

 

Keputusan rayuan pertukaran kolej akan diumumkan pada 21 Julai 2021

Semakan boleh dibuat di https://matrikulasi.moe.gov.my/system/tawaran/index_semaktukar.cfm. Sungguh pun begitu kelulusan pertukaran adalah bergantung kepada kekosongan. Jadi jangan terlalu berharap tetapi tidak salah jika anda memohon. Mana tahu berjaya ditawarkan. 

 

 

 

 

ARTIKEL BERKAITAN YANG WAJIB DIBACA

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail