Semak Gelaran "Dr" & "Profesor" Individu Secara Online untuk Elak Ditipu Hidup-Hidup! | Afterschool.my

Semak Gelaran “Dr” & “Profesor” Individu Secara Online untuk Elak Ditipu Hidup-Hidup!

June 07, 2017
Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn

Menipu  gelaran akademik seperti “Dr.” dan “Profesor” sudah menjadi perkara biasa yang berlaku di negara ini. Kita sendiri pun tidak tahu betul ke tidak individu berkenaan memperolehi gelaran berkenaan. Ramai ahli perniagaan, orang terkenal menggunakan gelaran ini, tetapi dalam artikel ini tidak akan dikongsikan wajah mereka (boleh google sendiri).

 

2012-10-20-konvokesyen-utem-k-8-14

Pemegang PhD di UTeM

 

Terkadang naik hairan, bila masa “BELIAU” buat kajian ilmiah (thesis), jumpa supervisor, hadir VIVA (peperiksaan lisan untuk mempertahankan kajian ilmiah yang dibuat), bila masanya BELIAU hadir konvokesyen dan lain-lain seperti mana kebiasaan jika bergelar pelajar PhD. Ingat senang ke untuk hasilkan thesis akademik yang berkualiti?.

 

PhD 7

Kumpulan pertama pemegang PhD Open University Malaysia (OUM)

 

Jadi kenapa gelaran eksklusif akademik ini dipalsukan dengan sewenang-wenangnya?. Adakah ingin disanjung tinggi di mata masyarakat?. Tidak salah untuk menjadi ikon kepada masyarakat, tetapi bukankah malu sekiranya didapati menipu?. Orang menipu ini hidupnya tidak akan selamat dan sekali mereka menipu, penipuan itu akan berterusan. Walaupun tidak mempunyai gelaran “Dr” sekalipun, tetap akan disanjung kerana ilmu yang dimiliki itu lebih penting.

 

labur-20k_n2-240712

 

Untuk pengetahuan anda, individu yang memalsukan dan memakai gelaran akademik ini merupakan satu kesalahan yang dianggap sebagai academic fraud dalam institusi pendidikan tinggi. Jadi untuk mencegah penipuan ini terus berlanjutan, kami mengajak anda untuk bersama-sama Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) membendung salah guna gelaran akademik ini. Bagaimana caranya?.

 

daftar-phd_n2-071116

 

Caranya menerusi semakan daftar nama pemegang PhD. Pihak JPT telah mula mewujudkan daftar nama bagi semua penerima ijazah Kedoktoran (Ph.D) dibawah institut pendidikan tinggi (IPT) awam di negara ini. Daftar nama berkenaan diwujudkan bertujuan untuk memberi kemudahan kepada orang awam mengakses kelayakan akademik seseorang individu sekaligus membendung kes penyalahgunaan gelaran akademik dengan sewenang-wenangnya pada masa ini.

Picture1


 
Contoh hasil semakan. Nama di padam kerana ianya sangat sulit untuk didedahkan.

 

Oleh itu, sekiranya anda prihatin dan curiga dengan gelaran akademik yang digunakan oleh individu tertentu dan risau sekiranya mereka benar-benar menipu sehingga boleh mengakibatkan kerugian kepada anda dan orang lain, boleh semak daftar nama tersebut melalui https://dohe.mohe.gov.my/qPhD. Jika mereka menipu gelaran itu, tidak mustahil perkara lain pun mereka akan turut menipu!.  Sebelum menyemak pastikan anda mengetahui nama penuh individu berkenaan dan tahun beliau dianugerah gelaran tersebut.

 

giphy (3)

 

Bagi sijil yang dikeluarkan oleh institusi pendidikan swasta, belum anda sistem yang boleh menyemak. Namun mudah sahaja, anda bleh rujuk semak di portal Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) (dapatkan cara semakan di akhir artikel dibahagian pautan berkaitan). Jika PhD yang diperolehi tidak tersenarai di portal MQA, sama ada anda kena “kencing” atau individu berkenaan kena “kencing” dengan IPTS berkenaan. Berikut antara IPTS yang kursus PhD yang ditawarkan mendapat kelayakan MQA. Untuk yang tidak tersenarai boleh semak sendiri di portal MQA.

 

segibanner

 

SEGi University

  • Doctor of Business Administration
    (A10550)
  • PH.D (Management)
    (MQA/FA0791)

 

accommodation-hostel-02

 

Infrastructure University Kuala Lumpur (IUKL)

  • Doctor of Philosophy (PhD) in Business Administration
    (A10366)
  • Doctor of Philosophy in Civil Engineering (By Research)
    (A9781)

 

UTAR2

 

Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)

  • Doctor of Philosophy (Chinese Studies)
    (A9050)
  • Doctor of Philosophy (Medical Science)
    Previously known as : Doctor of Philosophy (Medical Sciences)
    (MQA/FA1389)
  • Doctor of Philosophy (PhD) (Management and Administration)
    (A10032)
  • Doctor of Philosophy (Engineering)
    Previously known as : Doctor of Philosophy in Engineering
    (A6917)
  • Doctor of Philosophy (Science)
    Previously known as : Doctor of Philosophy in Science
    (A6916)
  • Doctor of Philosophy (Computer Science)
    (A11097)
  • Doctor of Philosophy (Engineering)
    (A11099)
  • Doctor of Philosophy (PhD) (Business and Administration)
    (A10011)
  • Doctor of Philosophy (Science)
    (A11018)
  • Doctor of Philosophy (Social Science)
    (A10033)

 

nottingham_university_malaysia

 

Notthingham University

 

  • MPhil/PhD (With Study In School Of Education)
    (A7264)
  • Mphil/PhD (With Study In School Of Pharmacy)
    (A8395)
  • PhD / MPhil In Engineering
    (A4768)
  • PhD/MPhil In Business And Management
    (A5578)
  • PhD/MPhil In Computer Science & Information Technology
    (A4641)

 

20151026_114713

 

Universiti Teknologi Petronas (UTP)

 

  • Doctor Of Philosophy (PhD) In Chemical Engineering
    (A8418)
  • Doctor Of Philosophy (PhD) In Civil Engineering
    (A8421)
  • Doctor Of Philosophy In Electrical And Electronic Engineering
    (A8420)
  • Doctor Of Philosophy In Information Technology
    (A8422)
  • Doctor of Philosophy in Mechanical Engineering
    (A8419)
  • Doctor of Philosophy in Petroleum Engineering
    (A8317)
  • Doctor of Philosophy in Petroleum Geoscience
    (A8319)

 

 

PAUTAN BERKAITAN

 

Semakan Keseluruhan Program Pengajian di IPTA/IPTS/Kemahiran yang Mendapat Pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

Log masuk akaun anda

Daftar Akaun