Afterschool
May 21, 2021
79% pembuli adalah dalam kalangan guru, what say you? Adakah benar, membuli dari segi apa tu?. Survey yang dijalankan oleh Badan NGO All Women’s Action Society (AWAM) ke atas 275 testimoni dimana 269 testimoni adalah dalam kalangan influencers di media sosial dan selebihnya adalah pelajar yang menjadi mangsa buli di sekolah.
Hasil kajian menunjukkan guru mengungguli carta tertinggi pembuli di sekolah diikuti oleh ustazah, warden asrama, ustaz, pelajar senior, pelajar biasa dan pengawas sekolah. Kajian menunjukkan juga, 125 kes melibatkan pemeriksaan berkala, 108 membuli dan 88 merupakan gangguan seksual. Banyak mangsa yang mengalami lebih dari satu bentuk pembulian.
Apa yang menyebabkan mereka ni dibuli? Dlam survey berkenaan tidak pulak dinyatakan punca mereka dibuli tetapi min bekas pelajar sekolah juga kan. Bolehlah senarai antara punca dibuli :
Contoh seterusnya anda sambunglah sendiri, tak kuasa nak menaip. Jadi adakah anda setuju dengan survey yang dijalankan? Anda juga termasuk dalam mereka yang dibuli atau anda adalah seorang pembuli!.
Kalau pelajar yang menjadi pembuli tu tak adalah menghairankan sangat tetapi jika guru yang membuli dimana tempat untuk pelajar-pelajar ini mengadu. Sepatutnya dilindungi tetapi malah dibuli. Kalau guru pun sama naik lemak suka membuli, pelajar apatah lagi kan!. Pesanan untuk pembuli di sekolah tu, ingat ya ni zaman media sosial, sekali sahaja tertangkap toada maaf bagimu. Malu dapat dan mungkin akan digantung kerja malah dipenjara. Ingat tu, jangan jadi manusia tak guna sangat!
ARTIKEL BERKAITAN YANG WAJIB DIBACA