loading
Articles

Bina Masa Depan Anda bersama Biasiswa Global Yayasan UEM

Published by Afterschool.my on May 28, 2024, 05:28 pm

Biasiswa Yayasan UEM Global

Berita baik untuk pelajar lepasan SPM 2023. Anda berminat untuk melanjutkan pengajian ke luar negara?

Yayasan UEM menawarkan biasiswa penuh untuk melanjutkan pengajian peringkat A-Level di Kolej Yayasan UEM dan seterusnya ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti terkemuka luar negara.

Manfaat dan syarat kelayakan Biasiswa Yayasan UEM Global  

Biasiswa Yayasan UEM merupakan biasiswa penuh merangkumi yuran pengajian, perbelanjaan harian, kos berkaitan akademik, insurans dan banyak lagi. Penerima biasiswa Yayasan UEM Global akan melanjutkan pengajian mereka di peringkat pra-universiti (A-Level) di Kolej Yayasan UEM (KYUEM), Lembah Beringin selama 2 tahun dan seterusnya ke peringkat ijazah sarjana muda di universiti antarabangsa. Syarat permohonan bagi Biasiswa Yayasan UEM Global Scholarship ialah pemohon mestilah warganegara Malaysia, memperoleh sekurang-kurangnya 7A dalam peperiksaan SPM serta fasih bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris. Pemohon juga harus mempunyai rekod kokurikulum yang baik dan mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi. 

Mengapa biasiswa Yayasan UEM adalah plihan yang terbaik?

Di samping bantuan kewangan, Yayasan UEM ini turut menganjurkan pelbagai program khas untuk mengasah dan meningkatkan kemahiran pelajar tajaan mereka dalam aspek komunikasi, kepimpinan serta daya berfikiran aras tinggi yang merupakan asas dalam melahirkan pelajar yang holistik, serba boleh dan cemerlang dalam persekitaran akademik dan profesional kelak.

Peluang mengubah hidup

Pengalaman Ku Ai Er, penerima biasiswa Yayasan UEM lima tahun lalu, boleh dijadikan inspirasi. Menurutnya,  perhatian yang penuh dapat ditumpukan terhadap pengajiannya tanpa perlu bimbang tentang masalah kewangan kerana kos pengajian dan perbelanjaan hariannya ditanggung sepenuhnya oleh Yayasan UEM. Selain diiktiraf sebagai pelajar cemerlang di Malaysia dalam kursus Perakaunan di peringkat A-Level, Ku Ai Er juga berjaya memperoleh “Dean’s Excellence List Award”. Yayasan UEM turut menyediakan program bimbingan tambahan yang telah membantunya mengasah kemahirannya. Ku Ai Er telah menjalani latihan dengan syarikat terkemuka, Deloitte di Cambridge yang akhirnya membawa kepada tawaran kerja setelah menamatkan pengajiannya. Tawaran tersebut telah merealisasikan impiannya untuk menjadi akauntan bertauliah.

Potensi kerjaya yang luas

Yayasan UEM menjamin peluang kerjaya dibawah UEM Group dan anak-anak syarikatnya, serta rakan kongsi dibawah Yayasan UEM Bond Transfer Programme yang diluluskan selepas penerima biasiswa berjaya menamatkan pengajian sarjana muda. Bond Transfer Programme ini membuka peluang kerjaya dalam syarikat-syarikat profesional yang bereputasi tinggi  dalam pelbagai bidang.

Lagi kisah inspirasi pelajar tajaan Yayasan UEM

Dengan peluang dan kemahiran yang diberikan oleh Biasiswa Yayasan UEM, pelajar dapat mencapai kejayaan dalam bidang pengajian masing-masing. Berikut adalah perkongsian daripada beberapa pelajar tajaan Yayasan UEM khususnya Yayasan UEM Global Scholarship tentang bagaimana Yayasan UEM telah berjaya membantu merealisasikan impian mereka.

Wan Muhammad Akif 

Bantuan yang diberikan bukan sekadar kewangan sahaja. Malah, persekitaran yang positif di KYUEM juga membantu saya mencapai impian saya. 

Wong Kah Wang

Saya sedang mengikuti pengajian A-Level di KYUEM dan berhasrat untuk menyambung pengajian ijazah sarjana muda dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal. Saya berterima kasih kepada Yayasan UEM kerana membantu saya mengatasi halangan kewangan melalui biasiswanya dan kini saya lebih yakin dalam mengejar impian saya. 

Wan Adriana Hassan

Saya sedang mengikuti pengajian dalam kursus ekonomi dan matematik. Saya merancang untuk menyambung pengajian dalam bidang ekonomi dan pengurusan di peringkat ijazah sarjana muda nanti. Yayasan UEM, bukan sahaja menawarkan bantuan biasiswa tetapi juga bimbingan untuk memilih hala tuju pendidikan yang terbaik untuk saya.

Muhammad Arshad 

Biasiswa ini telah mengubah hidup saya. Saya berazam untuk menyumbang semula kepada komuniti saya setelah berjaya kelak.

Biasiswa Yayasan UEM bukan sekadar memberi sokongan kewangan untuk pendidikan tetapi ia juga merupakan pilihan terbaik untuk masa depan anda. Jangan lepaskan peluang anda untuk memohon biasiswa Yayasan UEM Global  hari ini. Jom melangkah menuju masa depan yang cemerlang!

Untuk maklumat lanjut tentang cara memohon, klik di sini. Bina masa depan anda bersama Yayasan UEM!

RELATED POSTS
Latest News

Need help?
mail