Langkah Permohonan Rayuan Fasa 1 & 2 UPU bagi STPM/Setaraf

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jul 22, 2019, 06:33 pm

Untuk mengemukakan permohonan rayuan UPU ONLINE sila KLIK DISINI. 

Keputusan UPU bagi permohonan rayuan kemasukan ke peringkat ijazah sarjana muda dijangka bakal diumumkan pada bulan oktoberSudahkah anda bersedia?. Kami tahu dalam kalangan anda sangat mengharapkan agar permohonan anda berjaya tetapi sekiranya anda gagal dalam permohonan. Apa yang perlu anda lakukan?.

 

 

Langkah yang perlu anda lakukan tentulah membuat permohonan rayuan. Bermula pada tahun 2018, pihak UPU tidak lagi menawarkan kursus "LELONG" kepada pelajar secara automatik seperti mana sebelum ini. Pelajar hanya akan ditawarkan kursus berdasarkan pilihan mereka sahaja. Jadi, tidak perlu risau lagi jika ditawarkan kursus yang bukan pilihan melainkan jika pemohon terpaksa membuat rayuan di FASA 2 dan berjaya dipilih dalam rayuan tersebut. Kursus yang ditawarkan adalah kursus bukan pilihan. 

 

 

Proses permohonan rayuan dibahagikan kepada dua (2) fasa :

 

i. FASA 1 (Sebelum pendaftaran pelajar baharu)

ii. FASA 2 (Selepas pendaftaran pelajar baharu)

 

Bagi permohonan RAYUAN FASA 1, ianya akan dibuka sebaik sahaja keputusan diumumkan. Siapa yang layak membuat rayuan?. Hanya yang tidak berjaya ditawarkan langsung ke mana-mana institusi awam sahaja layak membuat rayuan. Kepada yang berjaya, tetapi bukan ke universiti atau kursus pilihan pertama, anda tidak layak membuat rayuan. Sekiranya, pemohon berjaya dalam rayuan fasa 1 ini, keputusan akan diumumkan antara tarikh 23 September (untuk tahun 2021 akan dikemaskini kemudian) dan pemohon akan masuk mendaftar bersama-sama dengan pemohon ambilan pertama yang berjaya. Manakala bagi pemohon yang masih gagal dalam permohonan rayuan fasa 1, masih diberi peluang dalam rayuan fasa ke-2.

 

Rayuan fasa 2 ini adalah automatik, pelajar tidak perlu lagi memohon. Mana-mana pelajar yang gagal dalam rayuan FASA 1, secara automatik akan merayu di FASA 2. Keputusan rayuan Fasa 2 dijangka akan diumumkan antara 19 Oktober. Pihak UPU akan mengenal pasti kursus manakah yang masih ada kekosongan tempat selepas pendaftaran pelajar baharu di UA. Jadi, jumlah kursus dan pelajar yang bakal berjaya bagi rayuan fasa 2 bergantung kepada bilangan kekosongan tempat yang masih ada selepas pendaftaran pelajar baharu. Pemohon tidak lagi dibenarkan memilih kursus pengajian. Ianya akan diawarkan secara automatik mengikut kekosongan.

 

Untuk permohonan RAYUAN UPU, sila klik link : https://upu.mohe.gov.my/.

 

Anda juga dinasihatkan untuk merujuk artikel penting dibawah, sila klik pada setiap artikel untuk mendapatkan info yang sangat berguna untuk anda kelak :

Semoga perkongsian ini membantu anda!. 

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail