Bermula Tahun Hadapan Permohonan ke Matrikulasi & Institut Pendidikan Guru (IPG) Adalah Melalui UPU

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Oct 09, 2019, 09:51 am

Berita ini penting untuk anda yang menduduki SPM pada tahun ini. Kementerian Pendidikan Tinggi mengumumkan, mulai sesi pengajian 2020/2021(tahun hadapan) permohonan kemasukan ke matrikulasi dan IPG yang sebelum ini melalui sistem permohonan berbeza akan diselaraskan dibawah satu permohonan iaitu UPU sama seperti permohonan ke program asasi, diploma dan ijazah sarjana muda. Berikut dikongsikan hebahannya.

 

 

Perubahan ini dilihat dapat menyelesaikan dilema pelajar yang sebelum ini terpaksa memilih pelbagai tawaran yang diterima. Pemohon juga kelak hanya akan ditawarkan satu (1) program pengajian pilihan sahaja mengikut senarai keutamaan semasa permohonan dibuat. Program pengajian di pilihan pertama akan disaring terlebih dahulu. 

 

Akhir kata, kami mengingatkan anda untuk menyusun senarai program pengajian dengan sebaiknya selain memilih program yang terbaik sesuai dengan minat masing-masing. Kepada yang ingin mendapatkan tip permohonan selain mengetahui kriteria dalam pemilihan UPU boleh klik pada link artikel berikut : Ketahui Kriteria Pemilihan Kemasukan ke Universiti Awam/Politeknik/Kolej Komuniti/ILKA dalam Permohonan UPU. Semoga berjaya dalam peperiksaan SPM dan permohonan melanjutkan pengajian kelak!.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail