Panduan Pembelian Nombor UNIK ID UPU BSN

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Feb 05, 2018, 07:59 am

Pembelian nombor UNIK ID BSN untuk pembelian pin UPU bagi permohonan ke UA/Politeknik/Kolej Komuniti/ILKA telah pun dibuka. Untuk makluman anda, terdapat dua cara pembelian nombor pin, berikut kami kongsikan 2 cara berkenaan.

 

 

PEMBELIAN DI KAUNTER BSN SEMUA CAWANGAN SELURUH NEGARA

 

Anda boleh terus sahaja ke mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat untuk membuat pembelian. Terus sahaja ke kaunter pertanyaan dan maklumkan kepada pegawai atau mungkin polis bantuan yang ditugaskan. Pegawai yang berkenaan akan membantu menunjukkan borang yang betul untuk pembelian. Harga nombor pin adalah RM 16.40 untuk kedua-dua kategori iaitu SPM/SETARAF dan STPM/SETARAF. Sila KLIK DISINI untuk melihat panduan lengkap mengisi borang bagi pembelian nombor PIN seperti gambar yang kami kongsikan dibawah.

 

Panduan mengisi borang pembelian PIN

 

PEMBELIAN VIA ATM MESIN

 

Pembelian melalui ATM adalah menggunakan Matriks BSN Matrix, i atau Kad GIRO (jika anda tidak mempunyai kad BSN berkenaan, anda boleh juga meminjamnya daripada ibu bapa, saudara dan sebagainya. Jika tidak ada juga boleh guna kaedah yang pertama iaitu membuat pembelian melalui kaunter). Berikut adalah caranya :

 

 

  • Masukkan Kad  dan No Pin
  • Pilih Urusan – ‘Beli Pin’
  • Pilih Jenis Permohonan – ‘IPTA’
  • Pilih Jenis Program : LEPASAN SPM/SETARAF atau LEPASAN STPM/SETARAF
  • Masukkan Nombor Kad Pengenalan /My Kad
  • ‘YA’untuk meneruskan urusan
  • Semak Maklumat
  • Klik ‘SETUJU’ untuk meneruskan urusan ‘BATAL’ untuk membatalkan urusan
  • Resit Dicetak. Simpan resit yang dicetak untuk rujukan masa depan

 

Bagi kami cara paling mudah adalah cara yang kedua kerana anda tidak perlu beratur untuk membuat pembelian melalui kaunter. Diharapkan perkongsian ini membantu dan Semoga berjaya!.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail