Perbezaan Antara Politeknik Premier, Konvensional & METrO yang Wajib Anda Tahu!

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jun 09, 2021, 11:10 am

Ramai masih tidak tahu membezakan antara jenis-jenis politeknik yang diperkenalkan di negara ini. Politeknik mempunyai jabatan yang menyelia selianya iaitu dibawah Jabatan Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi. Terdapat 32 buah politeknik di seluruh negara yang menawarkan pelbagai kursus. Penubuhannya bertujuan untuk menampung jumlah pengambilan pelajar yang ramai setiap tahun sekaligus memastikan tiada pelajar berkelayakan tercicir akibat kuota terhad yang disediakan untuk kemasukan ke Universiti Awam. Berikut kami kongsikan perbezaanya. Klik di setiap politeknik untuk terus ke laman rasmi mereka. Pelbagai hebahan dikongsikan di situ.

 

 

Politeknik Premier

 

Politeknik Premier adalah politeknik yang setanding dengan universiti. Politeknik ini hanya menerima pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM jika mereka gagal mendapat tempat di Universiti Awam akibat wujud persaingan yang tinggi. Program pengajian yang ditawarkan adalah di peringkat Diploma, Diploma Lanjutan dan juga Ijazah Sarjana. Kepada yang berminat, permohonan boleh dibuat melalui UPU Online dan juga terbuka kepada golongan sepenuh masa dan separuh masa. Politeknik dibawah kategori ini adalah :

 

1. Politeknik Ungku Omar, Perak (PUO) 

2. Politeknik Sutan Salahudin Abdul Aziz Shah, Selangor (PSA) 

3. Politeknik Ibrahim Sultan, Johor (PIS)

 

 

Politeknik Konvensional

 

Politeknik Konvensional adalah politeknik biasa seperti yang kita kenali sebelum ini. Pengambilan pelajar dibuka kepada lepasan SPM. Ianya menawarkan program pengajian pada peringkat Sijil dan Diploma. Mod perngajian adalah sepenuh masa atau pun separuh masa. Permohonan juga boleh dibuat terus melalui UPU Online. Politeknik dibawah kategori ini adalah :

 

1. Politeknik Sultan Ahmad Shah, Pahang 

2. Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Kedah 

3. Politeknik Kota Bharu, Kelantan

4. Politeknik Kuching, Sarawak 

5.Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan 

6.Politeknik Kota Kinabalu, Sabah 

7. Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang 

8. Politeknik Kota, Melaka 

9. Politeknik Kota Kuala Terengganu, Terengganu 

10. Politeknik Sultan Abdul Mizan, Terengganu 

11. Politeknik Merlimau, Melaka 

12. Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kedah 

13. Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak 

14. Politeknik Sultan Idris Shah, Selangor 

15. Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis 

16. Politeknik Muadzam Shah, Pahang 

17. Politeknik Mukah, Sarawak 

18. Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang 

19. Politeknik Jeli, Kelantan 

20. Politeknik Nilai, Negeri Sembilan 

21. Politeknik Banting, Selangor 

22.Politeknik Mersing, Johor 

23. Politeknik Hulu Terengganu, Terengganu 

24.Politeknik Sandakan, Sabah

   

 

Politeknik METrO

 

Politeknik ini adalah politeknik yang ditubuhkan bertujuan untuk memenuhi keperluan sosio ekonomi tempatan dalam bidang dan wilayah tertentu. Sasaran pelajar adalah pelajar lepasan SPM dan golongan pekerja yang memerlukan upskill dan re-skilling. Mengutamakan kaedah Blended Learning (Pembelajaran Teradun) dan menjurus ke arah Open Distance Learning (ODL) dalam kerangka e-pembelajaran. Politeknik dibawah kategori ini adalah :  

1. Politeknik METrO Kuala Lumpur (PMKL) 

2. Politeknik METrO Kuantan (PMKU) 

3. Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB) 

4.Politeknik METrO Betong (PMB) 

5. Politeknik METrO Tasek Gelugor (PMTG)

 

 

 

Diharapkan dengan perkongsian ini anda jelas mengenai perbezaan ketika-tiganya. Tidak kira dimana sekalipun anda belajar, asalkan sijil berkenaan mendapat pengiktirafan dan menguasai ilmu yang diajarkan, anda tetap akan ditawarkan pekerjaan yang baik. Majoriti pelajar politeknik, mudah ditawarkan pekerjaan kerana kaedah pembelajaran di politeknik lebih seimbang dari segi teori dan teknikal. Selain itu, anda juga boleh menyemak artikel panduan yang berkaitan dibawah. 

 

Kepada yang ingin memohon, boleh klik permohonan UPUOnline. Untuk yang ingin mengemaskini, klik kemaskini permohonan UPUOnline. Untuk artikel menarik lain boleh terus layari laman rasmi kami, Afterschool.my/bm.

Semoga berjaya kami ucapkan!

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail