Are you an international student?
Visit the International Students section on our website to find out the latest news and everything you need to know about studying in Malaysia.
Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jun 14, 2021, 03:21 am
Ramai yang gagal dalam permohonan UPU Online disebabkan salah strategi semasa menyusun pilihan program pengajian. Jadi menerusi artikel ini kami kongsikan tip untuk berjaya dalam permohonan dengan menyusun pilihan program pengajian dengan betul!.
Kami bagi contoh kursus perubatan, terdapat 8 buah universiti yang tawarkan kursus doktor perubatan dan persaingan merebut tempat ke kursus ini memang tak perlu dijelaskan lagi. Memang ramai!. Kalau korang rasa keputusan akademik yang diperolehi 4 Flat itu akan menyakinkan pihak universiti untuk terima permohonan UPU online korang, maaf korang memang silap besar!. Beribu permohonan ke kursus pengajian yang sama dan tak sampai 50-100 tempat sahaja yang ditawarkan bagi setiap universiti. Jadi, jangan nak berangan lebih!.
Jadi, inilah masalah untuk jadi pandai bukan sekadar pandai di atas kertas sahaja. Kami bukan nak perli ya tapi ni hakikat terutamanya bagi kursus perubatan dan kursus-kursus lain juga. Kalau dapat keputusan cemerlang tu memang akan jadi over confident. Akhir sekali menyesal dan salahkan UPU Online sebab apa gagal dalam permohonan sedangkan keputusan cemerlang. Semua syarat kelayakan dah dipenuhi.
Okay done membebel, ikut tip kami dibawah :
Susun Program Pengajian yang Menjadi Pilihan Utama
Katakan korang nak mohon kursus perubatan, pilih kursus perubatan terlebih dahulu kemudian barulah diikuti dengan kursus lain yang mungkin berkaitan perubatan dan kesihatan seperti bio perubatan, farmasi atau sebaliknya, terpulang.
Kenapa kena susun kursus yang nak sangat korang belajar?. Sebabnya UPU Online akan buat saringan permohonan dengan menyemak kelayakan bagi pilihan pertama terlebih dahulu. Kalau memenuhi syarat kelayakan tetapi kalah markah merit dengan pemohon yang lain untuk merebut tempat yang terhad tersebut makanya, UPU Online akan ke pilihan korang yang seterusnya sehinggalah pilihan terakhir. Kalau tak berjaya juga, gagallah korang dalam permohonan pertama. Kenalah buat rayuan, dimana semasa rayuan pilihan kursus pengajian dah terhad. Yang tinggal kursus yang orang tak mohon dan masih ada kekosongan. Boleh baca proses saringan permohonan oleh UPU Online melalui kaedah meritokrasi dengan KLIK DISINI.
Pilih Universiti yang Kurang Popular
Memang ramai yang akan pilih universiti popular sebab nak nampak gah, popular, bangga diri dan seangkatan dengannya. Kalau korang nak berjaya dalam permohonan UPU Online, jangan sesekali letak universiti popular di pilihan awal-awal sebab bukan korang je yang mohon ke universiti tersebut. Jadi, pilih universiti yang kurang popular. Contoh kursus doktor perubatan di atas, pilih ke UNISZA, UMS, UNIMAS. Kemudian baru letak universiti lain sebab yang lain tu memang popular!.
Ini nasihat bagi kursus pengajian yang popular seperti perubatan, farmasi, kejuruteraan, dimana persaingan sangat sengit di universiti popular tersebut. Bagi kursus yang kurang popular ikut korang la tetapi masih dinasihatkan untuk mohon ke universiti yang kurang popular. Apa yang penting kursus pengajian bukan universiti. Habis belajar yang ditanya kursus apa yang ambil bukan belajar universiti mana!.
Akhir kata, kalau korang nak berjaya masuk ke universiti awam ikut tips kami. Kalau tak nak atau tak percaya terpulang. Baca juga artikel perkongsian lain yang berkaitan dibawah. Semoga berjaya!
Perlukan
bantuan?