Are you an international student?
Visit the International Students section on our website to find out the latest news and everything you need to know about studying in Malaysia.
Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jun 09, 2021, 11:10 am
Ramai masih tidak tahu membezakan antara jenis-jenis politeknik yang diperkenalkan di negara ini. Politeknik mempunyai jabatan yang menyelia selianya iaitu dibawah Jabatan Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi. Terdapat 32 buah politeknik di seluruh negara yang menawarkan pelbagai kursus. Penubuhannya bertujuan untuk menampung jumlah pengambilan pelajar yang ramai setiap tahun sekaligus memastikan tiada pelajar berkelayakan tercicir akibat kuota terhad yang disediakan untuk kemasukan ke Universiti Awam. Berikut kami kongsikan perbezaanya. Klik di setiap politeknik untuk terus ke laman rasmi mereka. Pelbagai hebahan dikongsikan di situ.
Politeknik Premier adalah politeknik yang setanding dengan universiti. Politeknik ini hanya menerima pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM jika mereka gagal mendapat tempat di Universiti Awam akibat wujud persaingan yang tinggi. Program pengajian yang ditawarkan adalah di peringkat Diploma, Diploma Lanjutan dan juga Ijazah Sarjana. Kepada yang berminat, permohonan boleh dibuat melalui UPU Online dan juga terbuka kepada golongan sepenuh masa dan separuh masa. Politeknik dibawah kategori ini adalah :
1. Politeknik Ungku Omar, Perak (PUO)
2. Politeknik Sutan Salahudin Abdul Aziz Shah, Selangor (PSA)
3. Politeknik Ibrahim Sultan, Johor (PIS)
Politeknik Konvensional adalah politeknik biasa seperti yang kita kenali sebelum ini. Pengambilan pelajar dibuka kepada lepasan SPM. Ianya menawarkan program pengajian pada peringkat Sijil dan Diploma. Mod perngajian adalah sepenuh masa atau pun separuh masa. Permohonan juga boleh dibuat terus melalui UPU Online. Politeknik dibawah kategori ini adalah :
1. Politeknik Sultan Ahmad Shah, Pahang
2. Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Kedah
3. Politeknik Kota Bharu, Kelantan
4. Politeknik Kuching, Sarawak
5.Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan
6.Politeknik Kota Kinabalu, Sabah
7. Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang
9. Politeknik Kota Kuala Terengganu, Terengganu
10. Politeknik Sultan Abdul Mizan, Terengganu
11. Politeknik Merlimau, Melaka
12. Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kedah
13. Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak
14. Politeknik Sultan Idris Shah, Selangor
15. Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis
16. Politeknik Muadzam Shah, Pahang
18. Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang
20. Politeknik Nilai, Negeri Sembilan
21. Politeknik Banting, Selangor
23. Politeknik Hulu Terengganu, Terengganu
Politeknik ini adalah politeknik yang ditubuhkan bertujuan untuk memenuhi keperluan sosio ekonomi tempatan dalam bidang dan wilayah tertentu. Sasaran pelajar adalah pelajar lepasan SPM dan golongan pekerja yang memerlukan upskill dan re-skilling. Mengutamakan kaedah Blended Learning (Pembelajaran Teradun) dan menjurus ke arah Open Distance Learning (ODL) dalam kerangka e-pembelajaran. Politeknik dibawah kategori ini adalah :
1. Politeknik METrO Kuala Lumpur (PMKL)
2. Politeknik METrO Kuantan (PMKU)
3. Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB)
4.Politeknik METrO Betong (PMB)
5. Politeknik METrO Tasek Gelugor (PMTG)
Diharapkan dengan perkongsian ini anda jelas mengenai perbezaan ketika-tiganya. Tidak kira dimana sekalipun anda belajar, asalkan sijil berkenaan mendapat pengiktirafan dan menguasai ilmu yang diajarkan, anda tetap akan ditawarkan pekerjaan yang baik. Majoriti pelajar politeknik, mudah ditawarkan pekerjaan kerana kaedah pembelajaran di politeknik lebih seimbang dari segi teori dan teknikal. Selain itu, anda juga boleh menyemak artikel panduan yang berkaitan dibawah.
Kepada yang ingin memohon UPU Online, SILA KLIK DISINI. Untuk yang ingin mengemaskini permohonan UPU Online boleh KLIK DISINI. Untuk artikel menarik lain boleh terus layari laman rasmi kami, Afterschool.my/bm dengan klik disini.
Semoga berjaya kami ucapkan!
Perlukan
bantuan?