Peperiksaan MUET on Demand Ditunda, Ramai Pelajar Akan Gagal dalam Permohonan UPUONLINE

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jul 06, 2021, 08:45 am

Majlis Peperiksaan Malaysia  (MPM) telah menunda peperiksaan MUET on Demand bagi kemasukan ke universiti awam untuk tahun ini (untuk yang tertanya apa itu MUET On Demand, bolehKLIK DISINI). Tindakan mereka menunda tarikh tersebut ke bulan September telah menimbulkan rasa ketidakpuasan hati kerana dianggap menganiaya calon memandangkan kebanyakan calon telah memohon dalam permohonan UPUONLINE bagi kemasukan ke peringkat ijazah sarjana muda bagi sesi permohonan UPUONLINE 2021. 

 

 

Untuk makluman, bagi pelajar yang tidak mempunyai MUET, pihak UPUONLINE memberi kelonggaran untuk calon mengemaskini syarat kelayakan MUET mereka pada 9-12 Ogos 2021. Walau bagaimanapun, dengan penundaan ini makanya calon-calon yang menunggu untuk menduduki peperiksaan MUET on Demand terpaksa melupakan hasrat mereka untuk melanjutkan pengajian. Sepatutnya peperiksaan MUET on Demand diadakan pada bulan Julai dan keputusan diperolehi selepas 2 minggu peperiksaan dijalankan. Tanpa memiliki kelayakan MUET, permohonan UPUONLINE mereka akan ditolak. 

 

Ya memang difahami bahawa penundaan ini adalah mengikut pelan pemulihan negara yang dibentangkan. Tetapi kenapa setidaknya diberi kelonggaran syarat kelayakan masuk dengan melihat keputusan Bahasa Inggeris SPM misalnya, nampaknya MPM dan Kementerian Pengajian Tinggi dilihat tidak bersimpati dengan penderitaan pelajar. Kebanyakan institusi pengajian tinggi di Amerika Syarikat dan di seluruh dunia telah mengetepikan syarat untuk mengikuti ujian kelayakan Bahasa Inggeris seperti SAT, dan apa-apa jenis ujian penguasaan bahasa Inggeris yang mungkin tidak dapat diakses oleh banyak pelajar.Sebaliknya, MPM dan KKM kurang membantu dengan cara ini, menangguhkan banyak sesi MUET tanpa memikirkan akibatnya dan tanpa memberikan penyelesaian kepada pelajar. Ini menjadikan sebilangan besar pelajar mengambil STPM atau setaraf tidak layak memohon untuk melanjutkan pengajian. Bagi pelajar matrikulasi, merea lebih bernasib baik dalam hal ini, memandangkan pihak matrikulasi menguruskan ujian MUET untuk pelajar mereka. 

 

 Ada juga yang berpendapat kenapa tidak ambil sahaja IELTS iaitu kelayakan antarabangsa yang setara dengan MUET. Ianya tidak semudah itu pertamanya yuran yang dikenakan untuk mengambil peperiksaan IELTS adalah RM795, harga yang tidak berpatutan untuk keluarga biasa. Sedangkan dengan MUET ON DEMAND, ibu bapa hanya perlu membayar RM250. Jika ada pelajar yang sudah mendaftar MUET on Demand dan sekarang IELTS pula, jumlah kos yang ditanggung adalah RM1,045, hanya untuk ujian Bahasa Inggeris.Kedua, tidak semua universiti awam menerima IELTS. Universiti Malaya menerimanya hanya sebagai pra syarat sahaja, yang bermaksud bahawa pelajar yang berjaya ditawarkan wajib mengambil MUET walaupun telah mempunyai IELTS. 

 

Jadi cadangan kami, kenapa MPM tidak mempertimbangkan untuk pelajar mengambil ujian ini secara dalam talian online atau mengetepikan MUET bagi mereka yang telah mencapai keputusan A untuk Bahasa Inggeris dalam SPM / 1119, sudah tiba masanya bagi MPM dan KPM mengeluarkan kenyataan konkrit untuk memberi kelegaan kepada kerisauan ibu bapa dan pelajar.

 

 ARTIKEL WAJIB DIBACA

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail